Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga DUN ikrar kekal kubu kuat GPS

-

Tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Datu, Pantai Damai dan Demak Laut berikrar mahu kekal sebagai kubu kuat Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, untuk itu setiap ahli GPS di tiga DUN itu harus memainkan peranan penting dalam memberi perkhidmat­an terbaik kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu memberitah­u, selari dengan usaha tersebut, penganjura­n seminar GPS Zon Satu diadakan bagi memperkasa­kan kepimpinan dalam kalangan ahli parti.

“Saya mengucapka­n jutaan terima kasih kepada setiap ahli jawatankua­sa yang menjayakan Seminar GPS Zon 1 pada 26 Januari lepas.

“Setiap di kalangan kita (ahli jawatankua­sa) memainkan peranan penting dalam menjayakan Seminar GPS Zon 1 ini daripada bahagian lapangan hinggalah ke peringkat atasan.

“Seminar ini adalah sebahagian daripada persiapan kita menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Terima Kasih GPS Zon 1 sempena Seminar GPS Zon Satu di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Dr Abdul Rahman menambah, keputusan mengadakan seminar itu seminggu selepas pelancaran GPS peringkat negeri membuktika­n GPS Zon 1 komited dalam memperjuan­gkan gabungan itu di peringkat akar umbi.

Sementara itu, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni menyeru rakyat khasnya di DUN Demak Laut bersatu hati dan menetapkan perjuangan untuk membawa kemakmuran kepada Sarawak.

“Kami, pemimpin di DUN Tanjong Datu, DUN Pantai Damai dan DUN Demak Laut akan memastikan kawasan di bawah PBB akan tetap menjadi kubu kuat GPS pada pilihan raya akan datang.

“Kami juga akan memastikan rakyat di kawasan kami akan terus diberikan perhatian sama ada dari segi pembanguna­n, modal insan, sosioekono­mi dan politik seperti mana tema GPS ‘Sarawak Diutamakan’ dan menjayakan aspirasi menjadikan Sarawak negeri maju 2030,” tegasnya.

Menurutnya lagi, agenda untuk menuntut kembali hak Sarawak seperti mana perjuangan GPS dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan diteruskan demi kelangsung­an pemban- gunan Sarawak pada masa hadapan.

ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu pula berkata, seminar itu dapat memperkasa­kan jentera parti dalam persiapan awal menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang.

Tambahnya, ia dapat memastikan jentera parti sentiasa bersiap sedia dan pada masa sama memperkena­lkan GPS di peringkat akar umbi.

Hadir sama Menteri Menteri Muda Undang- Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Senator Dr Zaidi Suhaili dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? TERUSKAN PERJUANGAN: (Duduk barisan tengah) Dr Rahman, Hasidah, Jamilah, Dr Hazland, Fazzrudin dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama jentera GPS Zon Satu.
TERUSKAN PERJUANGAN: (Duduk barisan tengah) Dr Rahman, Hasidah, Jamilah, Dr Hazland, Fazzrudin dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama jentera GPS Zon Satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia