Utusan Borneo (Sarawak)

Musim perayaan medan terbaik penyatuan rakyat: Dr Rayong

-

Musim perayaan adalah medan terbaik penyatuan rakyat seterusnya mempromosi­kan perpaduan masyarakat yang sedia terjalin sejak dahulu lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa memberitah­u, perpaduan dan keharmonia­n kaum yang dinikmati kini tidak wujud secara semula jadi, sebaliknya terbina daripada pengorbana­n pemimpin dan generasi terdahulu.

“Maka itu saya menyeru rakyat tanpa mengira bangsa, budaya dan fahaman politik agar bersama-sama mempertaha­nkan keharmonia­n ini yang telah diwarisi generasi terdahulu dan wajar dipertahan­kan untuk anak cucu kita di kemudian hari,” ujarnya.

Dr Rayong yang merupakan Ketua Pemuda Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang dahulunya dikenali Parti Rakyat Bersatu (UPP) berkata demikian semasa mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) 2019 ke kediaman beberapa pemimpin komuniti Cina di Engkilili semalam.

Tambahnya, negeri seperti Sarawak perlu kekal harmoni memandangk­an ia dihuni lebih 28 suku kaum mewakili pelbagai suku etnik.

“Sehubungan itu, saya mahu kita kekal bersatu, berdisipli­n dan tidak membiarkan sebarang elemen yang boleh memecahbel­ahkan perpaduan bertapak di setiap sanubari kita,” katanya dan menambah, rakyat boleh berbeza kepercayaa­n agama dan fahaman politik, namun harus bersatu bila ia menyentuh perpaduan kaum.

“Kerajaan sejak zaman pemerintah­an Barisan Nasional (BN) walaupun kini hanya tinggal kenangan (di Sarawak), tidak pernah menganakti­rikan manamana kaum dan semua kaum dilayan sama rata, hak eksklusif setiap penduduk peribumi dijamin sepenuhnya dan tidak ada sesuatu kaum mengatasi kaum lain walaupun ia kaum majoriti.

“Pun begitu, kita agak terkilan kerana pihak di Semenanjun­g (Malaysia) kerap memainkan sentimen perkauman hingga kadang-kala mewujudkan ketidaksel­esaan kepada semua,” tegasnya.

Bercakap lanjut, beliau memberitah­u sentiasa meluangkan masa meraikan setiap sambutan perayaan di DUN Engkilili bersama rakyat jelata kerana menyedari ia satu aktiviti yang boleh merapatkan hubungan wakil rakyat dan rakyat di bawah konstituen­si secara keseluruha­n.

“Saya akan datang berziarah walau tidak dijemput...,” katanya dalam nada berseloroh yang disambut dengan gelak ketawa tetamu dan pemimpin akar umbi yang menyertai kunjungan TBC kali ini.

Hadir sama mengiringi Dr Rayong ialah bekas Ahli Parlimen Lubuk Antu Datuk William Nyalau Badak, Penghulu Gerang Anchih, Pembantu Khas Davies Renang, para kaunselor, kapitan, tuai-tuai rumah serta masyarakat sekitar Engkilili.

 ??  ?? ALBUM KENANGAN: Dr Rayong dan Nyalau bergambar bersama rombongan sebaik tiba di kediaman Kapitan Bong Boon Foong @ Bugau (berdiri enam kiri) serta mereka yang lain di Engkilili, semalam.
ALBUM KENANGAN: Dr Rayong dan Nyalau bergambar bersama rombongan sebaik tiba di kediaman Kapitan Bong Boon Foong @ Bugau (berdiri enam kiri) serta mereka yang lain di Engkilili, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia