Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran setem dan matawang asing Sarawakian­a di Pustaka Miri hingga 16 Feb

-

Pengunjung Pustaka Miri berpeluang menyaksika­n pameran setem dan mata wang asing koleksi Sarawakian­a yang telah diadakan bermula 21 Januari lalu sehingga 16 Februari ini.

Selain setem, turut dipamerkan ialah hasil kraf tangan dan koleksi buku khas.

Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memperkena­lkan dan mempromosi­kan kepada umum koleksi-koleksi Pustaka Sarawakian­a yang jarang dipamerkan kepada orang ramai.

Ia memberi maklumat tambahan kepada mereka yang mempunyai minat terhadap koleksi-koleksi unik dan juga mempunyai minat terhadap sejarah.

Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini, sila hubungi Pustaka Negeri Sarawak, Miri di 085-422525, atau melalui e-mel kepada Awang Yunos Awang Husain ( yunosh@ sarawak. gov.my).

 ??  ?? MENARIK: Koleksi matawang asing simpanan Pustaka Sarawakian­a dipamerkan di Pustaka Miri.
MENARIK: Koleksi matawang asing simpanan Pustaka Sarawakian­a dipamerkan di Pustaka Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia