Utusan Borneo (Sarawak)

Kemeriahan TBC di Sarawak dikongsi bersama masyarakat pelbagai kaum

-

Tahun Baharu Cina (TBC) di Sarawak tidak hanya disambut oleh masyarakat Tionghua namun kemeriahan­nya dikongsi bersama pelbagai kaum di negeri ini dalam semangat perpaduan yang tinggi.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi menyertai lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum menghadiri majlis Rumah Terbuka TBC 2019 anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat SUPP Selasa lepas.

Tidak ketinggala­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang serta menteri-menteri kabinet negeri yang lain.

Penganjura­n rumah terbuka adalah sinonim dengan budaya masyarakat majmuk di negeri ini bagi mengeratka­n lagi keakraban sesama rakan dan kenalan, turut diadakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen juga mengadakan majlis rumah terbuka pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina bertempat di di Dewan Utama Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No.3 di sini.

Ini adalah rumah terbuka TBC pertama buat Chong selaku tim- balan menteri persekutua­n.

Pada kesempatan itu Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak beramah mesra dengan para tetamu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Bukan hanya pemimpin neg- eri dan orang kenamaan yang mengadakan rumah terbuka, tetapi tradisi itu turut dianjurkan oleh masyarakat Tionghua di kediaman masing-masing bagi meraikan sahabat handai dan keluarga.

Dr Sim ketika ditemui di rumah terbuka TBC di kediamanny­a di Jalan Wan Abdul Rahman berkata, tradisi kunjung-mengunjung­i semasa musim perayaan menggambar­kan keunikan dan bersatunya rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.

Malahan bagi dirinya dan keluarga, tradisi berkenaan telah dimulakan mendiang bapanya sejak 30 tahun lepas.

“Saya amat gembira kerana tradisi ini khasnya di kediaman kami ini, ia telah dimulakan bapa saya pada 30 tahun lalu.

“Saya gembira kerana tradisi ini masih berterusan dan di Sarawak ia bukan setakat hanya untuk makan atau memberi angpau, tetapi lebih kepada mengukuhka­n lagi hubungan sesama sendiri tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

 ??  ?? GONG XI FA CAI: Abang Johari (lima kanan) dan Juma’ani (enam kanan) bersama tetamu kehormat lain pada majlis Rumah Terbuka TBC anjuran SUPP. Turut kelihatan Dr Sim (tiga kanan).
GONG XI FA CAI: Abang Johari (lima kanan) dan Juma’ani (enam kanan) bersama tetamu kehormat lain pada majlis Rumah Terbuka TBC anjuran SUPP. Turut kelihatan Dr Sim (tiga kanan).
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Tun Taib menulis tulisan kaligrafi Cina pada majlis Rumah Terbuka TBC anjuran SUPP. Turut kelihatan Dr Sim (tiga kiri) dan kenamaan lain.
UNTUK KENANGAN: Tun Taib menulis tulisan kaligrafi Cina pada majlis Rumah Terbuka TBC anjuran SUPP. Turut kelihatan Dr Sim (tiga kiri) dan kenamaan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia