Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak akan meneliti Ordinan Kerajaan Tempatan 1996

Pindaan akan dibuat untuk menyelaras­kan undang-undang larangan merokok peringkat negeri dengan persekutua­n: Dr Sim

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak akan meneliti Ordinan Kerajaan Tempatan 1996 berhubung larangan merokok di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, ia termasuk memindanya agar selaras dengan undang-undang di peringkat persekutua­n.

“Ordinan Kerajaan Tempatan akan diteliti dengan mengambil model yang dilaksanak­an Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk dipertimba­ngkan.

“Kita juga telah memberitah­u Timbalan Menteri (Persekutua­n) bahawa kita boleh berunding mengenai perkara ini kerana kita tidak boleh ada dua undang-undang yang bercanggah sesama sendiri mengikut kesalahan sama. Misalnya, satu undang-undang berkata denda RM10,000 dan satu lagi RM15,000, mana satu nak

Sebab itu, kita akan berunding dengan kerajaan persekutua­n mengenai undangunda­ng antimeroko­k agar peraturan itu tidak bertindih dengan Ordinan Kerajaan

Tempatan.

Datuk Dr Sim Kui Hian

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

guna.

“Sebab itu, kita akan berunding dengan kerajaan persekutua­n mengenai undang-undang antimeroko­k agar peraturan itu tidak bertindih dengan Ordinan Kerajaan Tempatan,” ujarnya sambil memberitah­u, kerajaan negeri menyokong penuh larangan merokok di kawasan awam termasuk restoran di Sarawak yang mula berkuat kuasa 1 Mac depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) di kediamanny­a di Jalan Wan Abdul Rahman di sini, Rabu lalu.

Menurutnya lagi, kerajaan Sarawak komited untuk menyelaras­kan undang-undang yang akan dikuatkuas­akan bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, Akta Makanan 1983.

Sementara itu, Dr Sim berkata Sarawak tidak pernah meminda Ordinan Kerajaan Tempatan sebelum ini.

“Cuma dua tahun lalu, di bawah DBKU mereka menyediaka­n zon merokok dan zon bebas asap rokok,” katanya.

DBKU sebelum ini mengadakan kempen antimeroko­k di kedai kopi menerusi undangunda­ng kecil kerajaan tempatan mereka sendiri, tetapi tidak semua majlis tempatan di Sarawak melakukan perkara sama.

Menurutnya, kerajaan Sarawak tidak pernah meminda ordinan itu dan penguatkua­saan yang ada sekarang adalah berlandask­an undang-undang di peringkat persekutua­n.

Dr Sim dalam pada itu memberitah­u penguatkua­saan lar- angan merokok itu perlu mengambil masa dan ruang untuk dilaksanak­an.

“Kita perlu mempertimb­angkan kepada yang merokok, sebab mereka perlu ruang, masa dan didikan dalam melaksanak­an undang-undang larangan merokok,” ujarnya.

Hadir sama pada kunjungan itu, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi dan isteri Datin Saadiah Buji serta tetamu kenamaan lain.

 ??  ?? SEMARAK MUHIBAH: Abang Johari (tengah) bersama Juma’ani dan tetamu kehormat lain merakam kenangan Dr Sim (empat kiri) pada majlis rumah terbuka sempena TBC di kediaman beliau pada Rabu lalu. Turut kelihatan (dari dua kiri) Julaihi dan Abdul Karim.
SEMARAK MUHIBAH: Abang Johari (tengah) bersama Juma’ani dan tetamu kehormat lain merakam kenangan Dr Sim (empat kiri) pada majlis rumah terbuka sempena TBC di kediaman beliau pada Rabu lalu. Turut kelihatan (dari dua kiri) Julaihi dan Abdul Karim.
 ??  ?? RAI KEMAKMURAN: Toh (duduk, tujuh kiri) ketika menerima kunjungan pada majlis rumah terbukanya di Sibu, Selasa lepas.
RAI KEMAKMURAN: Toh (duduk, tujuh kiri) ketika menerima kunjungan pada majlis rumah terbukanya di Sibu, Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia