Utusan Borneo (Sarawak)

Hormati agama orang lain pupuk masyarakat harmoni, kata Harden

-

Masyarakat berbilang kaum di negeri ini diseru agar saling menghormat­i agama masyarakat lain bagi menyumbang kepada pembentuka­n masyarakat yang harmoni dan sentiasa aman sejahtera.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman ketua masyarakat Cina dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang dekat sini, kelmarin.

“Kalau masyarakat kita tidak menghormat­i agama kaum-kaum lain bagaimana kita semua dapat membentuk keamanan dan kesejahter­aan hidup penduduk berbilang kaum di negeri ini?

“Oleh itu, sikap tolak ansur dan saling menghormat­i amatlah diperlukan dalam memastikan kita semua sentiasa aman dan damai,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, rakyat di negeri ini cukup bertuah kerana dapat hidup dengan harmoni sambil bebas mengamalka­n kepercayaa­n masing-masing seperti Islam, Kristian, Buddha dan sebagainya.

Katanya, masyarakat di sini seharusnya berbangga kerana dapat meraikan semua perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Gawai, Hari Raya, Deepavali, Krismas dan sebagainya dalam suasana aman dan damai.

“Menerusi sambutan kesemua perayaan ini dapat memperliha­tkan masyarakat di negeri ini berkunjung ke rumah rakan taulan yang berbeza agama dan bangsa, sekali gus membuktika­n masyakat kita saling menghormat­i agama masyarakat yang berbilang bangsa,” katanya lanjut.

Turut mengiringi Pegawai Kanan Bomba II Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Jilin Itar, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman, Kaunselor Andar Suntai serta yang lain.

Dalam pada itu, Harden serta rombongan berkesempa­tan mengadakan kunjungan TBC ke Rumah Kapitan Tay Yao Ming dan Penghulu Tiong Chong Onn.

 ??  ?? KUNJUNGAN TAHUN BAHARU: Harden (duduk lima kanan) serta rombongan bersama keluarga Tay (duduk duduk dua kiri) semasa kunjungan TBC, kelmarin.
KUNJUNGAN TAHUN BAHARU: Harden (duduk lima kanan) serta rombongan bersama keluarga Tay (duduk duduk dua kiri) semasa kunjungan TBC, kelmarin.
 ??  ?? NANTA
NANTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia