Utusan Borneo (Sarawak)

Kemeriahan TBC dirasai di Sibu

-

Cuaca yang baik di bahagian ini sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina di sini telah membolehka­n amalan kunjungmen­gunjungi disemarakk­an dengan pelbagai kaum yang terlibat.

Sambutan terus meriah menerusi amalan kunjung-mengunjung­i dari rumah ke rumah di kalangan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai daripada pelbagai kaum serta latar belakang.

Di sini antara kenamaan yang mengadakan majlis rumah terbuka ialah Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Pengarah Urusan Deasim Emporium Sdn Bhd (Star Mega Mall) Datuk Lau Ngie Hua, Timbalan Presiden II Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Chieng Buong Toon dan Pengarah Urusan Hock Peng Organisati­on Datuk Toh Chiew Hock.

Turut mengadakan majlis rumah terbuka pada hari kedua sambutanny­a ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang.

Kunjungan dari pelbagai la- pisan umur tidak kira bangsa dan agama ke rumah-rumah terbuka kenamaan tersebut dilihat dapat mengeratka­n serta mengukuhka­n lagi perhubunga­n mereka dengan rakyat setempat tanpa mengira latarbelak­ang.

Amalan sebegini sering diamalkan orang kenamaan pada setiap tahun bila tibanya perayaan Tahun Baharu Cina.

Para hadirin disajikan dengan pelbagai jenis juadah yang disediakan manakala golongan kanak-kanak turut menerima angpau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia