Utusan Borneo (Sarawak)

GPS akan dapat suntikan semangat jika PH kalah pada PRK DUN Semenyih

-

Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mendapat suntikan semangat dan keyakinan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang jika Pakatan Harapan (PH) gagal mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 2 Mac depan.

Setiausaha Agung GPS Datuk Alaxendar Nanta Linggi berkata, sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Semenyih, GPS melihat ia peluang meyakinkan rakyat negeri ini bahawa kerajaan PH tidak seperti dijangkaka­n.

Beliau berkata, jika BN menang dalam PRK Semenyih nanti, ia juga menunjukka­n pengundi mula hilang sabar dan keyakinan terhadap kerajaan persekutua­n PH untuk menunaikan janji-janjinya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“PRK Semenyih atau apa yang berlaku di Semenanjun­g Malaysia atau tempat lain tiada impak langsung kepada politik Sarawak, tetapi ia sedikit sebanyak menyuntik semangat dan memberi peluang kepada kita untuk meyakinkan rakyat Sarawak terhadap GPS.

“GPS seperti yang kita se- dia maklum slogannya ialah mengutamak­an rakyat . Kita memfokus kepada kepentinga­n Sarawak. Sudah tentu PH adalah kerajaan pusat dan GPS pula kerajaan negeri, wujud kaitan di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) 2019 anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Selasa lepas.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, jika PH kalah di Semenyih, GPS seharusnya mengambil peluang untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan PH bukan seperti diharapkan apabila mereka gagal menunaikan kesemua manifesto PRU14.

“Saya berpendapa­t mungkin PH terlalu banyak berjanji semasa PRU14 lalu, apabila janji banyak sangat, dan susah untuk menunaikan kesemuanya, harapan rakyat sebelum pilihan raya sangat tinggi, apabila gagal ditunaikan, mereka luahkan rasa tidak puas hati menerusi undi.

“Pada PRU14 lalu, rakyat tertarik dengan manifesto pilihan raya PH. Saya percaya BN boleh menang di PRK Semenyih, tetapi pada masa sama, sudah tentu PH akan berjuang dan mempertaha­nkan kerusi itu,” ujarnya.

PRK DUN Semenyih diadakan selepas penyandang­nya, Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia pada 11 Januari 2019 akibat serangan jantung.

Pada PRU14 yang diadakan 9 Mei 2018, Bakhtiar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendapat 23,428 undi untuk memenangi pertarunga­n empat penjuru dengan majoriti undi 8,964.

Bahang kekalahan PH pada PRK bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lepas masih dirasai apabila BN menerusi Ramli Mohd Nor menang dengan majoriti besar iaitu 3,238 undi.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding majoriti 597 undi yang dimenangi calon BN, Datuk C Sivarraajh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei lalu.

Dalam pengundian PKR itu, Ramli mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) , M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi.

Dua calon Bebas, Sallehuddi­n Ab Talib meraih 314 undi, manakala dan Wong Seng Yee 276 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia