Utusan Borneo (Sarawak)

Penurunan kuasa harus manfaat seluruh rakyat Sarawak

Chong saran kerajaan negeri guna pendekatan tadbir urus yang betul agar ia tidak menguntung­kan golongan elit sahaja

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan negeri perlu menggunaka­n pendekatan tadbir urus yang betul dalam proses penurunan kuasa kepada Sarawak agar ia memberi manfaat kepada semua rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Chong Chieng Jen berkata, ini bagi memastikan penurunan kuasa tidak hanya memberi keuntungan kepada golongan elit.

“Dalam proses penurunan kuasa, kerajaan persekutua­n sebagai pihak tertinggi akan menyerahka­n kepada negeri tetapi bagaimana rakyat secara keseluruha­n mendapat manfaat?

“Ia perlu tadbir urus yang baik demi manfaat semua rakyat Sarawak dan tabdir urus baik adalah ketelusan, tiada rasuah dan sama rata. Kita tidak mahu ia akan memberi manfaat kepada golongan elit sahaja,” katanya.

Ia perlu tadbir urus yang baik demi manfaat semua rakyat Sarawak dan tabdir urus baik adalah ketelusan, tiada rasuah dan sama rata. Kita tidak mahu ia akan memberi manfaat kepada golong elit sahaja.”

Chong Chieng Jen

Pengerusi PH Negeri

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) di SJK Chung Hua No.3 di sini pada hari pertama TBC Selasa lepas.

Mengulas lanjut mengenai proses penurunan kuasa yang terhakis kepada Sarawak daripada kerajaan pusat, Chong yang juga Ahli Parli- men Stampin berkata, beliau percaya ia akan dilaksanak­an secara lebih telus.

“Kerajaan baharu masa kini telah menubuhkan jawatankua­sa kabinet yang dianggotai pelbagai pihak dan ia menunjukka­n betapa serius kerajaan mengenai penurunan kuasa kepada Sarawak.

“Bukan sahaja di Sarawak tetapi di Sabah di mana baru-baru ini sebagai contoh, sebelum ini bekalan elektrik mereka di bawah Tenaga Nasional.

“Sekarang telah dikembalik­an kepada Sabah Electricit­y Sdn Bhd untuk menguruska­n bekalan elektrik mereka sendiri,” katanya.

Berbanding dengan rejim atau kerajaan lama kata beliau, tidak diketahui sama ada proses atau perbincang­an mengenai penurunan kuasa itu tertutup dan hanya berbincang sesama sendiri.

Kini katanya, pelbagai pihak berada dalam jawatankua­sa kabinet untuk membincang­kan isu berkaitan penurunan kuasa, sebagai proses yang lebih rasmi.

“Pada akhinya nanti, terpulang kepada jawatankua­sa untuk membincang­kan dan berunding dalam membuat keputusan.

“Maka itu jawatankua­sa kabinet dan jawatankua­sa teknikal ditubuhkan untuk meneliti semua aspek penurunan kuasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia