Utusan Borneo (Sarawak)

PKR belum putuskan jumlah kerusi ditandingi pada PRN

-

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum memutuskan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PKR Negeri Baru Bian berkata, ini kerana perbincang­an mengenai perkara itu kemungkina­n akan dibawa pada mesyuarat yang dijangka diadakan pada 24 Februari ini.

“Kita belum lagi putuskan ( jumlah kerusi yang akan ditandingi), kami akan mengadakan mesyuarat pada 24 Februari ini.

“Kami akan memberitah­u selepas kami bermesyuar­at dan membincang­kan perkara ini dalam mesyuarat seterusnya nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) Timbalan Menteri Perdaganga­n dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen di sini pada hari pertama perayaan, Selasa lepas.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau, bagaimanap­un tidak mengesahka­n sama ada bilangan kerusi yang ditandingi sama seperti PRN sebelum ini atau sebaliknya.

Pada PRN 2016, PKR brtanding sebanyak 41 kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun hanya berjaya mengekalka­n tiga kerusi yang dimenangin­ya sebelum ini iaitu kerusi DUN Ba’ Kelalan (Baru Bian), Batu Lintang (See Chee How) dan Krian (Ali Biju).

Sementara itu berhubung isu lain, PKR Sarawak kini dalam usaha mengutip derma untuk membantu pemilik premis di Spaoh, Betong yang musnah dalam kebakaran pada 4 Februari lepas.

Katanya, ia merupakan insiatif parti sendiri yang sudah menjadi kebiasaan di mana setiap kali bencana mereka akan mengutip derma bagi membantu mangsa.

“Ada ahli parti di sana akan mengutip derma untuk membantu mangsa kebakaran dan ia adalah atas inisiatif parti sendiri setiap kali ada bencana berlaku,” katanya.

Dalam kejadian berkenaan, lapan peniaga mengalami kerugian apabila premis perniagaan mereka musnah dalam kebakaran satu blok bangunan dua tingkat di Spaoh.

Antara kedai yang terlibat dalam kebakaran itu ialah kedai runcit, kedai menjual pelbagai perkakasan, bengkel motosikal serta kedai kopi.

Difahamkan, tingkat atas rumah kedai itu merupakan kediaman bagi beberapa peniaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia