Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan fasa kedua Pan Borneo dijangka dimulakan tahun hadapan

-

Kerja-kerja pembinaan fasa kedua projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, ia sepatutnya dimulakan secepat mungkin tetapi masih dalam peringkat penelitian dari semua aspek.

“Pembinaan fasa kedua lebuh raya ini sebenarnya boleh dimulakan pada bila-bila masa kerana ia adalah sebahagian daripada fasa pertama projek.

“Ini bermakna, kita boleh memulakann­ya secepat mungkin dan saya akan meneliti kos serta butiran pembinaan kerana pada saya, ia satu perkara yang harus dipercepat­kan,” ujarnya.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina ( TBC) Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen di SJK Chung Hua No.3 di sini, Selasa lepas.

Baru yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri berkata, beliau menjangkak­an ia mungkin bermula tahun hadapan dan kementeria­n sedang dalam proses penilaian termasuk kos.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai keadaan cuaca hujan yang mungkin akan mendatangk­an cabaran kepada kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak, beliau berkata kontraktor yang terlibat akan memastikan keselamata­n terjamin.

“Pada saya, mereka semestinya sudah bersedia dengan semua ini dan berharap pada musim hujan ia dapat dijalankan dengan lancar.

“Namun apa yang penting adalah dalam kita menjalanka­n projek ini adalah keselamata­n jalan raya, yang saya telah tekankan beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Baru memberitah­u, beliau menerima banyak aduan tentang keadaan jalan raya yang tidak begitu baik dan kementeria­n telah mengeluark­an surat kepada Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) untuk memantau sepenuhnya perkara terbabit.

Keduanya kata beliau, kontraktor harus memastikan projek siap mengikut seperti ditetapkan dengan kos terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia