Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Dayak diseru sokong Gawai Dayak Bazaar pada Mei ini

-

Masyarakat Dayak di sini dirayu untuk memberi sokongan padu kepada satusatuny­a acara Gawai Dayak Bazaar (GDB) yang akan diadakan pada Mei kelak.

Bagaimanap­un majlis makan malam prapelanca­ran GDB 2019 yang dianjurkan Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak ( GADS) pada 28 Februari ini bertujuan untuk mengutip dana bagi penganjura­n acara itu kelak.

Presiden GADS Vicky Gulin Shandom berkata, majlis makan malam juga menjadi platform terbaik bagi GADS mengukuhka­n hubungan baik dan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain daripada pelbagai kaum dan etnik.

“Ia merupakan peluang untuk ahli-ahli GADS menjalin kerjasama dan perpaduan lebih kukuh dengan NGO lain di bahagian ini dan negeri ini am- nya, di samping mendapatka­n sokongan daripada kerajaan,” tambahnya.

Majlis makan malam itu akan diadakan di Hotel Imperial di sini, pada jam 6.30 petang dan dijangka dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg serta dihadiri beberapa wakil rakyat dan menteri kabinet negeri.

Tiket-tiket berharga RM650 dan RM800 semeja 10 orang kini dijual kepada orang ra- mai.

Mereka yang berminat boleh menghubung­i Clare (013-5661010), Dina Garus ( 013- 8952228), Kelvinson Macringgai ( 019- 8575768) untuk tempahan tiket atau pertanyaan lanjut.

GDB 2019 dijadualka­n bermula 4 hingga 25 Mei depan yang dijangka melibatkan 150 hingga 200 gerai yang menjual pelbagai produk dan perkhidmat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia