Utusan Borneo (Sarawak)

Limbang bakal saksikan pembanguna­n rancak lima tahun

Pelan dilaksana demi kemudahan masyarakat dan peniaga sekali gus menarik pemain industri, kata Dr Abdul Rahman

- Oleh Mastura Ismail

L I M B A N G : P e l a n p e m b a n g u n a n y a n g dilaksanak­an di daerah Limbang akan memberi k e m u d a h a n k e p a d a masyarakat dan golongan peniaga, sekali gus m e n t r a n f o r m a s i k a n Limbang dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pembanguna­n bandar baharu Limbang Ranggau Valley, projek menaik taraf tebingan sungai Limbang, pembinaan Jambatan Sungai Limbang dan projek lain akan merancakka­n ekonomi di utara negeri ini.

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, rakyat akan menyaksika­n pembanguna­n rancak di bandar Limbang sekali gus kemudahan untuk semua termasuk para peniaga.

“P e m b a n g u n a n i n i akan mentranfor­masikan Limbang dengan kemudahan lengkap dan berjaya menarik kemasukan pemain industri ke daerah ini,” katanya ketika ditemui media pada kunjungan Tahun Baharu Cina ke

Dalam tempoh lima tahun akan datang, rakyat akan menyaksika­n pembanguna­n rancak di bandar Limbang sekali gus kemudahan untuk semua termasuk para peniaga.

Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian

kediaman Temenggung Ang Kheng Su Selasa lepas.

Turut sama ialah isteri beliau Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan isteri Mary Sindang, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan rombongan Pemuda PBB dan Wanita.

ADUN Bukit Kota itu berkata, projek menaik taraf Tebingan Sungai Limbang, pembinaan jejantas dan pembinaan galeri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Muzium Limbang akan bermula tahun ini dan dijangka siap dalam 2020.

Projek ini menurutnya, memberi impak kepada rakyat Limbang kerana selain kemudahan dan prasarana asas, kerajaan juga menumpukan kepada sektor pelanconga­n, ekonomi dan pendidikan.

“Projek ini akan memberi kesejahter­aan kepada masyarakat, golongan peniaga dan pembanguna­n bandar ini yang berhampira­n dengan negara jiran Brunei,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau berharap kedatangan Tahun Baharu Cina 2019 ini akan membawa segala kebaikan, kesejahter­aan, keharmonia­n dan kerjasama antara semua kaum di negeri ini.

“Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tiong Hua dan saya berharap segala keharmonia­n ini dapat dikekalkan agar kita dapat menimati kemajuan bersama dalam negeri Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum,” ujarya lagi.

Jelasnya, komuniti Cina mempunyai peranan penting dalam memacu ekonomi di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua masyarakat Cina di negeri ini terus menyokong aspirasi dan program pembanguna­n kerajaan untuk memastikan rakyat di negeri ini mendapat manfaat daripada negara yang berpendapa­tan tinggi.

 ??  ?? RAMAH MESRA: Dr Abdul Rahman (tengah) dan Dayang Maimunah, bersama tetamu lain ketika mengunjung­i kediaman Temenggung Ang Selasa lepas.
RAMAH MESRA: Dr Abdul Rahman (tengah) dan Dayang Maimunah, bersama tetamu lain ketika mengunjung­i kediaman Temenggung Ang Selasa lepas.
 ??  ?? KESELAMATA­N: Unit Ronda JKP bersama Adam (duduk lima kiri) pada majlis perjumpaan di Miri.
KESELAMATA­N: Unit Ronda JKP bersama Adam (duduk lima kiri) pada majlis perjumpaan di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia