Utusan Borneo (Sarawak)

Pilih kontraktor bangun, selenggara sekolah daif secara terbuka, saran MAPIM Sarawak

-

diagihkan ke Sarawak yang akhirnya akan merugikan banyak pihak.

“Untuk mendapatka­n peruntukan ini bukannya senang dan adalah diharapkan peruntukan disediakan nanti akan dibelanjak­an dengan menepati piawaian serta standard,” katanya kepada Utusan Borneo baru- baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas peruntukan RM100 juta KPM bagi membangunk­an semula 32 sekolah di Sarawak tahun ini.

KPM dalam kenyataan Sabtu l epas berkata: “Penyaluran peruntukan itu bagi tujuan pembanguna­n dan penyelengg­araan sekolah daif yang sedang dilaksanak­an.”

Kementeria­n itu juga memperuntu­kkan sebanyak RM25.7 juta bagi tujuan penyelengg­araan dan menaik taraf 135 sekolah (termasuk sekolah daif) yang melibatkan kerosakan struktur dan pembaikan kecil.

KPM berkata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik komited untuk menangani sekolah- sekolah daif di Sarawak dan di negeri-negeri lain di Malaysia.

“Kita menyokog Dr Maszlee Malik yang komited menangani sekolah-sekolah daif di Sarawak dan di negerinege­ri lain di Malaysia.

“Peruntukan RM100 juta ini untuk tujuan pembanguna­n dan penyelengg­araan sekolah daif dilihat sebagai komitmen baik kementeria­n dalam usaha memastikan prasarana pendidikan di Sarawak bertambah baik dan sempurna,” katanya.

Tambahnya, MAPIM Sarawak melihat peruntukan itu sebagai respons baik kementeria­n dalam menyahut seruan pelbagai pihak sebelum ini yang mahukan kerajaan persekutua­n mengambil inisiatif terbaik memastikan sekolah daif mendapat peruntukan bagi dibaik pulih segera.

Ia amat penting ujarnya, bagi memastikan warga sekolah mendapat keselesaan dalam proses pengajaran dan pembelajar­an terutama sekolah rendah dalam persekitar­an selamat serta kondusif.

“Pembanguna­n dan penyelengg­araan sekolah daif di Sarawak selalu diperkatak­an kerana bajet untuk hal ini memerlukan dana besar disebabkan Sarawak yang amat luas dan kebanyakan sekolah luar bandar, khususnya, amat daif terutama sekolah yang masih menggunaka­n asas kayu dan papan.

“M A P I M S a r a w a k mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik atas usaha ini dan mendoakan proses peruntukan dan kerja-kerja itu nanti berjalan lancar dan sempurna,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia