Utusan Borneo (Sarawak)

Harniza ketuai BAKAT Kem Pakit Sri Aman sesi 2019

-

Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia ( BAKAT) Kem Pakit, di sini mengadakan MesyuaratA­gungTahuna­nsesi 2019 di Rumah BAKAT kem berkenaan pagi semalam.

Hasil mesyuarat berkenaan, Harniza Ahmad dilantik sebagaiPen­gerusiBAKA­Tbagi sesi 2019 dibantu Timbalan Pengerusi Nurhafizah Abdul Hamid.

Sementara itu, jawatan Setiausaha pula disandang Aisha Fatimah Mohamad Sadee manakala Nur Nadiah Rosli dilantik selaku Bendahari.

Dalam pada itu, ahli jawatankua­sa Biro Sosial dan Protokol ialah Siti Norhashima­h Hashim, Biro Kebajikan Rozie Aini, Biro Kebudayaan Juliana Abdullah dan Biro Sukan Fatimah Suni.

Puteri Hida Megat Latif dilantik memegang jawatan sebagai ahli jawatankua­sa Biro Agama manakala Biro Masakan Rosiah Gapar, Biro Kraftangan Norhayati Salleh dan Biro Harta Lailatul Amla Mohd Desa.

Harniza ketika berucap ringkas selepas mesyuarat berkenaan mengharapk­an kerjasama daripada semua ahli jawatankua­sa baharunya dalam menjalanka­n semua aktiviti yang telah dirancang sepanjang 2019.

“Kerjasama daripada semua ahli jawatankua­sa amat saya perlukan untuk kita merancang dan melaksanak­an pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini nanti,” jelasnya.

Hadir sama pada mesyuarat b e r k e n a a n , P e g a w a i Memerintah 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit Leftenan Kolonel Mislani Auverto @ Suwarto.

 ??  ?? SELESAI: Mislani (duduk tengah) bersama ahli Jawatankua­sa BAKAT sesi 2019.
SELESAI: Mislani (duduk tengah) bersama ahli Jawatankua­sa BAKAT sesi 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia