Utusan Borneo (Sarawak)

Pergerakan Wanita, Pemuda SUPP Simanggang komited bantu rakyat

-

Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang komited membantu masyarakat yang memerlukan pelbagai bantuan kerusi roda dan sebagainya.

Ketua Pergerakan­nya, Kapitan Ling Siew Hung berkata pihaknya giat mengesan penduduk kawasan itu layak menerima bantuan.

Menurutnya, dua orang penduduk dari kawasan itu menerima bantuan kerusi roda.

“Kali ini, kita menyalurka­n bantuan kepada penduduk dari Rumah Rose Emma Stanley Gate, Temudok Atas iaitu Ng Ah Chang.

“Penduduk ini mengalami strok sejak tujuh tahun lalu dan kini tidak mampu berjalan dan memerlukan sebuah kerusi roda untuk bergerak,” katanya.

Menurutnya, kini Ng dijaga isterinya dan dibantu anak perempuann­nya bergerak dan menjalanka­n kerja harian.

Dalam pada itu, pihaknya meneruskan usaha mencari dan mengesan penduduk yang memerlukan bantuan seperti itu.

 ??  ?? BANTUAN: Ling (tiga kiri) bersama ahli Wanita dan Pemuda SUPP Simanggang menyampaik­an bantuan kerusi roda kepada Ng di rumahnya, Kampung Temudok Atas, Sri Aman baru-baru ini.
BANTUAN: Ling (tiga kiri) bersama ahli Wanita dan Pemuda SUPP Simanggang menyampaik­an bantuan kerusi roda kepada Ng di rumahnya, Kampung Temudok Atas, Sri Aman baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia