Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita mengaku tidak bersalah simbah asid kepada ibu saudara

-

Seorang penggubah bunga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini semalam atas dua pertuduhan mencederak­an dua wanita termasuk ibu saudaranya menggunaka­n asid sehingga melecur di muka dan badan.

ShafiqahIz­zatiBadrul­Hisham, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Suzana Hussin selepas dua pertuduhan itu dibacakan terhadapny­a.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Shafiqah didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera parah terhadap ibu saudaranya, Rafzaliza Rafli, 34, dan rakan Rafzaliza, Nadia Mohd, Khalid, 35, dengan menggunaka­n asid menyebabka­n kedua-dua mangsa mengalami lecur yang teruk di bahagian muka dan badan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Kencana Fasa 2, Pandan Perdana di sini pada 3.30 petang, 29 Jan lepas mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana tertuduh mempunyai hubungan keluarga dengan Rafzaliza dan atas faktor keselamata­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia