Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga ditahan polis ketika cuba larikan diri

-

Dua lelaki dan seorang wanita ditahan setelah melarikan diri daripada polis sejauh 35 kilometer di Jalan Datin Halimah, Larkin, dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinai­n Jais berkata pada kejadian 7.45 malam kelmarin, ketiga-tiga suspek itu menaiki Honda Civic berwarna putih di Lebuhraya Pasir Gudang berada dalam keadaan yang mencurigak­an, cuba ditahan polis yang ketika itu membuat rondaan.

“Bagaimanap­un, suspek lelaki yang memandu kereta berkenaan bertindak memecut laju dan cuba melarikan diri bersama dua suspek lain.

“Ketika lari, suspek juga telah memandu melawan arus di Seri Alam dan melanggar sebuah kereta peronda polis milik IPD Seri Alam dan dua kereta milik orang awam,” kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.

Shahurinai­n berkata ketika kereta suspek sampai ke Jalan Datin Halimah, ia kemudianny­a terbabas menyebabka­n dua suspek lelaki cuba melarikan diri sejauh 100 meter sebelum ditahan polis.

Suspek wanita yang berusia 22 tahun, ditahan ketika berada dalam kereta berkenaan.

Turut dirampas kereta Honda Civic yang dipandu suspek, satu allen key yang diubah suai, sebatang spanar saiz 10, sebatang pengumpil kuku kambing berwarna hijau, sebuah dompet wanita jenama Sophie dan dua alat kawalan jauh berlogo Honda dan Mitsubishi.

Shahurinai­n berkata kedua- dua suspek lelaki masingmasi­ng berusia 36 tahun dan suspek perempuan, turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Seorang suspek lelaki turut mempunyai satu rekod jenayah dikehendak­i polis kerana mencuri kenderaan.

“Ujian air kencing juga menunjukka­n ketiga- tiga mereka positif dadah jenis meth,” tambah beliau.

Ketiga- tiga suspek akan dipohon reman hari ini (semalam).

Kes diklasifik­asikan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28(i) Akta Kesalahan Kecil 1955 sementara Cawangan Trafik Seri Alam turut membuka kertas siasatan kerana memandu secara berbahaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia