Utusan Borneo (Sarawak)

Ceroboh dan potong kabel TNB, dua rakan dipenjara 10 bulan

-

Dua rakan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan masing-masing oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan menceroboh dan memotong kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah kilang besi, Jumaat lalu.

Majistret Nurshahira­h Abdul Salim menjatuhka­n hukuman itu ke atas Adam Malik Ashak, 36 dan Mohd Razali Mansor, 31, selepas mereka mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Kilang Ngai Choi Metal Industries, Jalan Puchong Utama 2, Taman Puchong Utama, pada 6.37 petang, 1 Feb lalu.

Bagi kesalahan khianat iaitu memotong kabel elektrik TNB, dua pekerja penyelengg­araan terbabit dijatuhi hukuman penjara enam bulan manakala untuk kesalahan menceroboh pula masingmasi­ng dikenakan hukuman penjara 10 bulan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 1 Feb lalu.

Pendakwaan bagi kes khianat dilakukan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan menceroboh, mereka didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqra­m Hairuddin memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh bagaimanap­un mereka yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan masih menanggung keluarga.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang tukang cuci dijatuhi hukuman penjara dua bulan atas pertuduhan menjalanka­n kutipan derma tanpa kebenaran yang sah di sebuah masjid, dua bulan lalu.

Nurshahira­h menjatuhka­n hukuman itu ke atas Kamariah Dollah, 52, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Masjid Al- Mujahideen, Jalan SS 21/23, Damansara Utama, di sini, pada 12 tengah hari, 7 Dis 2018.

Ibu tunggal itu didakwa mengikut Seksyen 3(2) Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalik­an oleh Muhammad Hairuliqra­m manakal tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia