Utusan Borneo (Sarawak)

Komponen kereta lesap dicuri jiran kaki dadah

Kereta yang diparkir di rumah semasa ketiadaann­ya menjadi sasaran pencuri di Batu Danau

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Seorang pemandu bas terkejut selepas mendapati kereta yang diparkir di rumahnya semasa ketiadaann­ya menjadi sasaran pencuri yang juga jirannya di sebuah kampung di Batu Danau dekat sini dalam kejadian hujung Januari lepas.

Mangsa, 50, menyedari kehilangan beberapa komponen keretanya sebaik pulang dari negara jiran ketika memeriksa keretanya jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, kejadian itu disedari mangsa ketika hendak membaiki keretanya itu.

“Mangsa mengesyaki kejadian itu angkara jirannya yang berusia 19 tahun yang juga penganggur.

“Mangsa malahan sempat bertanya kepadanya namun dimarahi suspek,” katanya semalam.

Kecurian itu katanya, menyebabka­n mangsa mengalami kerugian berjumlah RM2,500.

Satu laporan polis katanya, telah dibuat mangsa yang membawa kepada penemuan beberapa komponen keretanya yang dilaporkan hilang sebelum ini di sebuah rumah

Suspek juga positif Methamphet­amine dan Amphetamin­e hasil saringan awal air kencing yang dilakukan ke atasnya.”

Superinten­den Mohd Bukhori Saffai

Ketua Polis Daerah Limbang

tidak bernombor di kawasan sama Ahad lepas.

“Suspek juga positif Methamphet­amine dan Amphetamin­e hasil saringan awal air kencing yang dilakukan ke atasnya,” ujarnya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan (curi komponen kenderaan) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (positif dadah), jelas Mohd Bukhori.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, dua lelaki dari Sabah dicekup polis selepas perbuatan mereka menyeluk saku seorang pengawal keselamata­n terbongkar dalam kejadian Isnin lepas.

Suspek, 41, dan rakannya, 55, ditahan ketika berada di sebuah hotel bajet jam 6 petang Isnin.

Mohd Bukhori berkata, penahanan itu dibuat berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup di sebuah kedai runcit yang berjaya merakam kelibat dua suspek mencurigak­an yang menghampir­i mangsa, 54.

Katanya, ketika kejadian mangsa hendak membuat pembyaran dan mendapati beg sandang yang dipakainya yang mengandung­i wang tunai RM1,200 dibuka oleh suspek berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan.

“Modus operandi suspek ialah dengan mendekati pengadu dari arah belakang dan membuka beg mangsa semasa mangsa leka memilih barang dalam kedai,” ujarnya lagi.

Kedua- dua suspek juga mempunyai rekod pelbagai kesalahan lampau di sekitar Sabah dan Labuan.

“Suspek yang berusia 55 tahun itu juga positif Methamphet­amine dan Amphetamin­e hasil saringan awal air kencing yang dilakukan ke atasnya,” katanya lagi.

Kedua-dua suspek katanya, direman tiga hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (positif dadah).

 ??  ?? DITEMUI: Suspek menunjukka­n polis beberapa komponen kereta yang disorokkan dalam kereta di Jalan Batu Danau.
DITEMUI: Suspek menunjukka­n polis beberapa komponen kereta yang disorokkan dalam kereta di Jalan Batu Danau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia