Utusan Borneo (Sarawak)

Mencuri kerana kesempitan wang, penganggur didenda RM3,200

-

Mencuri kerana kesempitan wang, seorang penganggur didenda RM3,200 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad setelah mengambil kira beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Johnson Daud, 27, didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah mencuri sebuah dompet yang mengandung­i dokumen serta wang tunai RM1,000 kepunyaan anak Hee Chu Chew.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3 pagi, 22 Januari lalu di sebuah lot di Taman Faradale, Jalan Bulan Sabit Merah di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Tambahan dia masih menganggur dan mempunyai seorang anak yang perlu dijaga.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia