Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa khianat dirujuk ke Hospital Sentosa

-

Seorang lelaki yang menghadapi tuduhan melakukan khianat diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya dirujuk ke Hospital Sentosa, Kuching bagi menjalani pengawasan mental selama sebulan.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad setelah membenarka­n permohonan yang dikemukaka­n pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Law Joo Ling, 29, dari Batu 5 Lambir dituduh melakukan khianat dengan memecahkan cermin dinding, tingkap, cermin peti sejuk dan cermin kaunter kepunyaan Woodman Sdn. Bhd yang diletakkan di bawah jagaan Robert Stanistaus.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.50 petang, 27 Januari lalu di Beach Republic, Jalan Bakam di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam permohonan­nya, Khairi memberitah­u bahawa tertuduh tidak layak diambil pengakuan.

Justeru memohon tertuduh dirujuk ke Hospital Sentosa Kuching bagi membolehka­n dia menjalani pengawasan mental selama sebulan mengikut peruntukan Seksyen 342 (3) Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 8 Mac depan untuk sebutan lanjut kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia