Utusan Borneo (Sarawak)

Langgar syarat lesen, pemilik pusat hiburan didenda

-

MIRI: Seorang lelaki didenda RM1,300 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan menjalanka­n perniagaan pusat hiburan dengan melanggar syarat lesen yang dikeluarka­n.

Mohd Redhzuan Asshari Arifin, 29, dari Piasau Jaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 24 Ordinan Hiburan 2001 dan dihukum di bawah Seksyen 28 Ordinan yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati telah menjalanka­n perniagaan pusat hiburan dengan melanggar syarat lesen hiburan awam yang dikeluarka­n oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3 pagi, 26 Januari lalu di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Permyjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia