Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut motosikal bertembung

-

Seorang remaja lelaki maut selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala dalam kemalangan di KM5 Jalan Oya-Mukah di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman berkata, mangsa, dikenali sebagai Suhaimi Mohd Syaifol, 23, sedang menunggang motosikal berseorang­an, dipercayai bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah yang bertentang­an semasa kejadian jam 7.30 malam itu.

“Mangsa disahkan mati di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Mukah, manakala penunggang sebuah lagi motosikal juga mengalami cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, keadaan di lokasi kejadian gelap dan keadaan jalan kering, lurus dan bertar.

Tambahnya, mangsa berasal dari Kampung Medong dekat sini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” kata Roslan.

 ??  ?? TRAGIK: Motosikal yang digunakan mangsa semasa kejadian.
TRAGIK: Motosikal yang digunakan mangsa semasa kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia