Utusan Borneo (Sarawak)

Upah tak dapat, nyawa pula melayang

-

Seorang lelaki mati selepas dipercayai terjatuh ketika mengambil upah memanjat pokok dabai berhampira­n Rumah Uset, Lubok Engkabang, Sungai Seranau, dekat sini pada petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata, insiden jam 2.30 petang itu berlaku apabila mangsa yang dikenali sebagai Nyelang Uset, 41, ditemui terbaring dalam keadaan masih bernyawa oleh seorang lelaki Cina.

“Mangsa masih hidup ketika ditemui di situ oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang datang untuk mengambil buah dabai kira-kira sejam selepas mangsa pergi memanjat dan mengutip buah dabai di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, siasatan awal mendapati si mati mengambil upah dengan lelaki Cina, 67, itu untuk memanjat dan mengutip buah dabai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia