Utusan Borneo (Sarawak)

Bersabar dan beri sokongan kepada kerajaan PH: Alan Ling

-

Rakyat Sarawak harus memberikan sokongan serta kepercayaa­n mereka terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha membangunk­an negara dan Sarawak amnya.

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berkata, rakyat perlu bersabar kerana kerajaan PH sedang bekerja keras bagi memulihkan kedudukan fiskal negara.

“Ia akan mengambil masa tiga tahun untuk memulihkan kedudukan fiskal berikutan dengan skandal 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) dan mengembali­kan Malaysia sebagai salah satu kuasa ekonomi Asia yang dikenali sebagai ‘ Asian Tigers’.

“Beri sokongan serta masa untuk kerajaan PH memerintah dan membantu membangunk­an negara dan rakyat di sini,” jelasnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut Dr Ting Tiong Choon, kelmarin.

Menurut Ling, kerajaan PH masa ini menghadapi kekangan dalam bajet dan berusaha mencuba pelbagai cara untuk memberi bantuan kepada rakyat.

“Antara inisiatif terbaharu yang kerajaan PH laksanakan ialah Skim Perlindung­an Nasional B40 yang menawarkan perlindung­an insurans dan takaful kesihatan secara percuma kepada golongan berpendapa­tan rendah (B40) yang berkelayak­an.

“Selain itu, kerajaan PH turut memperuntu­kkan dana RM1 billion untuk membantu golongan berpendapa­tan RM2,300 ke bawah sebulan, bagi memiliki rumah pertama mereka.

“Malah, inisiatif membantu meringanka­n beban rakyat melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) turut diberikan,” katanya.

Tambah Ling, pelbagai bantuan yang disalurkan itu lebih efisien agar rakyat mendapat manfaat daripada kerajaan persekutua­n.

“Oleh itu, beri kepercayaa­n dan sokongan kepada kerajaan PH agar kita semua dapat mendapat manfaat dan menikmati pelbagai inisiatif yang disediakan untuk rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia