Utusan Borneo (Sarawak)

Jururawat rugi RM34,810 ditipu selama lima bulan

-

Seorang jururawat kerugian RM34,810 setelah diperdayak­an selama lebih lima bulan dalam proses mendapatka­n pinjaman wang yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa pembayaran itu dibuat secara berperingk­at sejak 29 Ogos lepas.

“Mangsa mendakwa berminat untuk membuat pinjaman peribadi berjumlah RM10,000 yang kononnya ditawarkan ejen pinjaman kewangan sebuah bank sebelum diarahkan berurusan dengan suspek lelaki yang menyamar sebagai pegawai bank.

“Kedua-dua suspek telah beberapa kali memintanya untuk memindahka­n wang ke dalam akaun yang diberikan atas alasan sebagai syarat meluluskan proses permohonan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata kali terakhir mangsa yang berkhidmat di Temerloh dekat sini, membuat bayaran yang diminta suspek ialah pada 31 Jan lepas, sebelum berasa dirinya ditipu kerana tidak pernah menerima pinjaman yang dijanjikan.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh kelmarin dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia