Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita 32 tahun ditahan bersama heroin

-

Polis menahan seorang wanita dan merampas 73.89 gram dadah disyaki heroin di belakang sebuah rumah di Bukit Ibam, Rompin dekat sini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata suspek berusia 32 tahun yang tidak bekerja ditahan dalam serbuan kelmarin.

“Dadah yang dianggarka­n bernilai RM2,500 itu dibungkus dalam dua plastik lutsinar dan dijumpai dalam sebuah beg kecil berwarna merah jambu yang dipegang suspek semasa serbuan dilakaukan oleh anggota polis Bukit Ibam pada 9.30 malam.

“Siasatan awal juga men- dapati suspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan dadah selain saringan air kencingnya disahkan positif,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Azli menambah suspek yang telah berkahwin mendakwa dadah itu diperoleh daripada seorang lelaki di Kota Bahagia di Muadzam Shah dekat sini, untuk kegunaan sendiri.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia