Utusan Borneo (Sarawak)

Polis marin patahkan cubaan seludup 155 tan sisa kacang soya

-

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 mematahkan satu cubaan menyeludup masuk 155 tan sisa kacang soya dari Argentina yang dianggar bernilai RM50,000 menggunaka­n sebuah tongkang di Jeti Sungai Perai, kelmarin.

Pemangku Komander PPM Wilayah 1 Supt Dimin Awang berkata sisa kekacang yang dipercayai untuk dijadikan makanan haiwan peliharaan itu dibawa masuk tanpa dokumen atau permit import daripada Jabatan Pertanian.

“Siasatan setakat ini juga mendapati lesen tongkang terbabit sudah tamat tempoh dan keseluruha­n barangan yang dirampas termasuk tongkang bernilai RM250,000,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurutnya PPM kini giat menjejaki ejen perkapalan yang dipercayai terlibat menjalanka­n kegiatan penyeludup­an sisa kacang berkenaan.

“Berdasarka­n maklumat yang diperolehi setakat ini, sisa kacang soya ini dipercayai telah dipindahka­n ke atas tongkang terlibat sewaktu berada di perairan antarabang­sa sebelum ditunda ke Jeti Sungai Perai menggunaka­n sebuah bot,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat menurut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 dan Seksyen 472(2) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia