Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung Harapan Malaysia kumpul lebih RM202 juta

THM ditubuh oleh kerajaan pada 30 Mei tahun lepas untuk menerima derma bagi membantu kerajaan menangani isu hutang negara

-

PUTRAJAYA: Tabung Harapan Malaysia (THM) yang ditutup pada 14 Jan lalu selepas dilanjutka­n tempoh pemberian sumbangan selama dua minggu, berjaya mengumpulk­an sebanyak RM202,716,775.10, demikian umum Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam.

Lim berkata keputusan melanjutka­n tempoh pemberian sumbangan itu dibuat oleh jemaah menteri pada 2 Jan lalu susulan maklum balas positif dan keprihatin­an rakyat Malaysia.

“Sumbangan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dikreditka­n ke dalam akaun dan dipulangka­n semula kepada penyumbang,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata Kementeria­n Kewangan dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun tersebut sebelum pengaudita­n dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.

“Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang kerajaan persekutua­n,” katanya.

Bagi memastikan pengurusan Tabung Harapan dibuat secara teratur dan berintegri­ti, Lim berkata satu Jawatankua­sa Akaun yang dipengerus­ikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir akan memutuskan penggunaan wang tabung itu mengikut tatacara yang termaktub dalam Arahan Amanah Akaun THM.

“Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaa­n terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan kepada THM,” katanya, serta menambah ia mencermink­an kesetiaan dan kasih sayang rakyat Malaysia terhadap tanah air.

“Ia juga memberikan semangat kepada kerajaan untuk berusaha bersungguh­sungguh bagi menyelesai­kan masalah hutang yang diwarisi kerajaan,” kata Lim.

THM ditubuhkan oleh kerajaan pada 30 Mei tahun lepas untuk menerima derma dan sumbangan bagi membantu kerajaan menangani isu hutang negara. — Bernama

Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang kerajaan persekutua­n.”

Lim Guan Eng

Menteri Kewangan

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Wan Azizah (kanan) diiringi Elahe (dua kanan) beramah mesra bersama adik Abdul Rab Afzali, 7, selepas merasmikan Tasputra PERKIM di Jalan Lingkungan U-Thant semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Wan Azizah (kanan) diiringi Elahe (dua kanan) beramah mesra bersama adik Abdul Rab Afzali, 7, selepas merasmikan Tasputra PERKIM di Jalan Lingkungan U-Thant semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia