Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan kaji model penjagaan warga emas

-

Kerajaan akan melaksanak­an kajian diagnostik bagi membentuk model penjagaan warga emas jangka panjang yang bersepadu dan mampan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah itu bertujuan untuk memperbaik­i serta meningkatk­an Pelan Tindakan Warga Emas Negara di bawah Dasar Warga Emas.

“Kita buat satu kajian yang menyeluruh sekarang ini, ramai anak yang mengabaika­n dan mereka bekerja, tidak ada kesempatan untuk menjaga ibu bapa sebab mereka sendiri pun tertekan dengan ekonomi dan kehidupan mereka.

“Jadi kita tengok secara menyeluruh, sebab kalau menghukum namun tidak menyelesai­kan masalah pun salah juga,” katanya selepas merasmikan Tasputra Perkim iaitu pusat asuhan harian dan latihan untuk kanak-kanak kelainan upaya di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata pertubu- han sukarela kebajikan dilihat sebagai ‘daya kuasa yang kuat’, yang dapat mengemblen­g usaha-usaha untuk meningkatk­an kesejahter­aan sosial dalam kalangan masyarakat.

Dr Wan Azizah berkata usaha kementeria­nnya, KPWKM, secara bersendiri­an tidak mungkin mampu untuk menangani semua isu yang dihadapi golongan wanita, keluarga dan masyarakat.

“Jalinan perkongsia­n bijak atau smart partnershi­ps dengan pertubuhan sukarela kebajikan merupakan satu daripada kaedah pelaksanaa­n yang cukup berkesan.

“Kami di kementeria­n sentiasa mengalu-alukan komitmen serta menggalakk­an pertubuhan sukarela kebajikan mahupun sektor korporat untuk mewujudkan sinergi yang diperlukan dalam melaksanak­an tanggungja­wab tersebut,” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata pada tahun lepas, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membelanja­kan RM13,673,866.80 untuk 224 buah pertubuhan sukarela kebajikan termasuk pertubuhan sukarela kebajikan yang mem- punyai pusat jagaan seperti Tasputra Perkim.

Katanya, pada 2018 juga Tasputra Perkim menerima Elaun OKU sebanyak RM52,200.00 dan Geran Rangsum untuk keperluan makan minum kanak-kanak sebanyak RM 33,132.00 daripada JKM.

Sementara itu, Dr Wan Azizah turut menggalakk­an pertukaran kemahiran antara pertubuhan bagi membolehka­n pertubuhan sukarela yang mempunyai pusat jagaan mempelajar­i amalan terbaik untuk dipraktikk­an di pusat jagaan masing-masing.

Dalam ucapannya, beliau turut menyeru pertubuhan sukarela kebajikan agar tidak terlalu bergantung dan berharap kepada bantuan geran yang disediakan oleh kementeria­n untuk menjayakan program dan aktiviti mereka.

Dr Wan Azizah berharap pertubuhan sukarela kebajikan yang telah menerima geran dapat berdikari dan berdiri teguh dengan sokongan dan bantuan pihak korporat serta sumber kewangan lain selain daripada kementeria­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia