Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan promosi produk kementeria­n dan kerajaan, kata Dr Wan Azizah

-

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaska­n kerajaan tidak membuat promosi untuk produk swasta kecuali mengetenga­hkan produk keluaran kementeria­n dan kerajaan sahaja.

“Kita tak buatkan untuk produk- produk swasta. Kita buat untuk produk kementeria­n, memang kita ada memberi sokongan untuk ketengahka­n produkprod­uk kementeria­n sendiri dan produk kerajaan.

Namun YB Syed Saddiq (Menteri Belia dan Sukan) sudah beri jawapan dia nak tolong, kita pun nak tolong, macam saya pun kalau pergi luar negeri saya bawa kraf tangan Malaysia... itu adalah promosi negara kita secara keseluruha­n,” katanya kepada media selepas merasmikan Tasputra PERKIM, pusat asuhan harian dan latihan untuk kanak-kanak kurang upaya, di sini semalam.

Dr Wan Azizah diminta mengulas pendirian kera- jaan terhadap menteri yang mempromosi­kan produkprod­uk tertentu.

Sebelum ini, Syed Saddiq melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan seorang usahawan yang mendakwa telah ‘ditipu’ oleh kementeria­nnya.

Beliau berkata niatnya hanyalah untuk membantu produk usahawan tempatan supaya dapat memasuki rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven, namun sebaliknya beliau pula dicaci. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n ibni Almarhum Sultan Badlishah (empat kanan) dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Al Marhum Tengku Ariff (tiga kanan) berkenan menggaul Yee Sang bersama kerabat diraja lain pada Majlis Santapan Malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpuna­n Cina Kedah. Turut berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n (lima kanan) dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff (dua kanan). Turut sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tiga kiri) dan Pengerusi Dewan Perhimpuna­n Cina Kedah Datuk Cheng Lai Hock.
— Gambar Bernama Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n ibni Almarhum Sultan Badlishah (empat kanan) dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Al Marhum Tengku Ariff (tiga kanan) berkenan menggaul Yee Sang bersama kerabat diraja lain pada Majlis Santapan Malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpuna­n Cina Kedah. Turut berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n (lima kanan) dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff (dua kanan). Turut sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tiga kiri) dan Pengerusi Dewan Perhimpuna­n Cina Kedah Datuk Cheng Lai Hock.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia