Utusan Borneo (Sarawak)

Istana Budaya jangka kutip RM700,000 hutang tertunggak penaja tahun ini

-

Istana Budaya jangka dapat mengutip sehingga RM700,000 daripada 37 syarikat yang masih belum melunaskan hutang penajaan mereka sejak 2010. Ketua Pengarahny­a, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata bayaran hutang tertunggak itu perlu dijelaskan oleh syarikat berkenaan yang turut menempah slot pementasan di Istana Budaya tahun ini.

“Jika mereka ( syarikat penaja) ingin mendapatka­n slot pementasan, mereka perlulah menjelaska­n hutang yang ada terlebih dahulu.

“Untuk mengelakka­n hutang bertambah, kita kena bertegas dengan semua pihak dan akan menyenarai hitam mereka yang bermasalah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 37 syarikat yang menaja persembaha­n di Istana Budaya tetapi masih belum melangsaik­an hutang tertunggak berjumlah kira-kira RM3 juta sejak 2010.

“Apa yang kita dapat lihat, selepas perkara ini dilaporkan media, ada antara mereka yang sudah mula mengambil langkah agresif untuk membayar hutang.

“Malah, kita juga memberi peluang kepada mereka untuk membayar hutang secara ansuran. Sekurang-kurangnya usaha untuk melangsaik­an hutang yang tertunggak sudah ada,” katanya.

Bagaimanap­un, Istana Budaya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undangunda­ng kepada mereka yang masih culas, tegas Mohamed Juhari.

“Kali ini, kita tidak akan bagi muka lagi. Kita terpaksa bersikap lebih agresif kerana perkara ini memberi imej yang kurang baik kepada Istana Budaya. Kita bukan mahu menakutkan mereka sebaliknya memberikan rasa bertanggun­gjawab selain mereka seharusnya mempunyai kewangan yang mantap serta jangan berharap kepada pulangan jualan tiket sematamata,” katanya.

Enggan masalah sama berulang, Mohamed Juhari berkata Istana Budaya terpaksa menukar prosedur operasi standard sejak tahun lepas.

“” Selain daripada membayar deposit, mereka juga harus membayar 50 peratus sewaan panggung sebelum pementasan bermula. Kita terpaksa melakukann­ya sebagai usaha mengurangk­an masalah ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia