Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kutuk tindakan bakar Jalur Gemilang

-

Malaysia semalam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar bendera negara ini secara terbuka di Filipina yang ditampilka­n dalam sebuah video.

Dalam kenyataann­ya di sini, Wisma Putra meluahkan rasa sangat kesal atas penerbitan video kontrovers­i itu menerusi akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’ pada 19 dan 21 Januari lalu.

Elly Pamatong digambarka­n sebagai mengaku pengasas ‘United States Allied Freedom Fighters of the East’ (USAFFE).

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menyifatka­n tindakan membakar bendera Malaysia sebagai satu insiden yang serius,” kata Wisma Putra.

“Bendera merupakan simbol negara yang kudus dan harus dihormati,” katanya.

Wisma Putra berkata perbuatan sedemikian serta komen anti-Malaysia yang dibuat oleh individu terbabit adalah jelik serta tuduhan yang dilemparka­n juga tidak berasas.

Wisma Putra seterusnya menggesa kerajaan Filipina mengambil tindakan tegas terhadap Pamatong dan memastikan insiden serupa tidak berulang kerana ia mampu mencemarka­n hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia dan Filipina sekarang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia