Utusan Borneo (Sarawak)

KOHIJRAH sasar 8,000 kit pengurusan jenazah diinfak tahun ini

-

Koperasi Hirah Selangor Berhad (KOHIJRAH) menyasarka­n sebanyak 8,000 kit pengurusan jenazah bernilai kira-kira RM1.5 juta diinfak untuk diserahkan kepada masjid, surau dan hospital di Selangor pada tahun ini.

Pengurusny­a Mohammad Syukri Ismail berkata setiap kit itu mengandung­i 30 barangan lengkap yang meliputi dua bahagian bagi mandian dan kafan.

“Kesemua kit ini akan diagihkan kepada 407 buah masjid, 2,047 surau dan 10 hospital di seluruh Selangor.

“Kit yang lengkap untuk pengurusan jenazah lelaki dan wanita ini didatangka­n pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran iaitu hanya RM190 setiap satu,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Infaq Kit Jenazah di sini, semalam.

Menurut Mohammad Syukri, program infak kit jenazah itu merupakan tanggungja­wab sosial korporat pihaknya kepada masyarakat.

Beliau berkata orang ramai yang ingin menginfak kit jenazah berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghulurk­an sumbangan serendah RM10.

Menurutnya lagi, kit jenazah itu akan mula diedarkan kepada kumpulan sasar bermula Mac ini.

“Jika jumlah sumbangan melebihi sasaran, kita akan memperluas edaran kit jenazah ini ke seluruh negara sekiranya mendapat permintaan yang menggalakk­an,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurk­an sumbangan menerusi akaun Affin Islamic Bank 1059900400­17, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia