Utusan Borneo (Sarawak)

Guna prosedur yang ada untuk cepatkan penyiapan hospital

-

Kementeria­n Kewangan perlu menggunaka­n prosedur yang ada bagi memastikan tiada lagi kelewatan penyiapan projek Hospital Seberang Jaya, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, semalam.

Katanya projek yang melibatkan pembinaan blok baharu hospital itu yang bernilai kirakira RM369 juta itu sudah dua tahun terlewat dari tarikh asal ianya dijangka siap.

“Saya akan cuba bangkitkan (perkara ini) kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk melihat jika ada prosedur dalam kerajaan yang kita boleh gunakan untuk mempercepa­tkan (penyiapan) projek ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan projek itu di sini.

Tanpa mendedahka­n peratusan penyiapan semasa projek itu, beliau berkata setakat ini sebanyak enam buah syarikat telah dilantik untuk kerjakerja seperti pemasangan lif, sistem gas perubatan, sistem pencegahan kebakaran, sistem retikulasi air panas, sistem tiub pneumatik dan sistem Gas Petroleum Cecair (LPG).

“Manakala 10 buah syarikat lagi masih dalam proses perbincang­an (untuk dipertimba­ngkan), dan dua buah lagi syarikat akan dipanggil (untuk ditemu duga) pada hujung Februari ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia