Utusan Borneo (Sarawak)

Pembalakan haram: Waytha Moorthy bercadang jumpa pelbagai pihak

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy bercadang mengadakan perjumpaan dengan pelbagai pihak bagi mencari penyelesai­an terhadap masalah pembalakan haram di perkampung­an Orang Asli, Kampung Tasik Cunex di Gerik, Perak.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Ajis Sitin yang berkata pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu katanya JAKOA mencadangk­an agar aktiviti pembalakan di kawasan terbabit ditangguhk­an.

“Saya ingin menegaskan bahawa Jakoa sangat mengambil berat mengenai kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

“Pelbagai usaha dan kerjasama dengan jabatan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan sentiasa dilakukan demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat bantuan kebajikan yang mencukupi,” katanya dalam kenyataan di sini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (empat, kanan) bersama Pengurus Besar Econsave Cawangan Selatan Maz Imran Adam (tiga, kiri) pada program Penyerahan Bantuan Projek Madrasah Ku, semalam di Seremban. Turut hadir Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz dan Pondok Negeri Sembilan (PANTAS) Mohd Ali Abdul Kadir (dua, kanan).
— Gambar Bernama Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (empat, kanan) bersama Pengurus Besar Econsave Cawangan Selatan Maz Imran Adam (tiga, kiri) pada program Penyerahan Bantuan Projek Madrasah Ku, semalam di Seremban. Turut hadir Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz dan Pondok Negeri Sembilan (PANTAS) Mohd Ali Abdul Kadir (dua, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia