Utusan Borneo (Sarawak)

Enam kesalahan peniaga dikesan di Batu Pahat sempena TBC

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan enam kesalahan dilakukan peniaga di daerah ini, dalam pemeriksaa­nnya sejak pelaksanaa­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina 2019, pada 30 Jan lepas.

Ketua Cawangan KPDNHEP Batu Pahat, Nor Azmi Lamisza berkata enam kesalahan itu melibatkan empat kes tidak mempamerka­n tanda harga khas warna merah dan dua kes menjual barang kawalan melebihi harga ditetapkan.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan melibatkan nilai rampasan RM650 dan kutipan nilai kompaun berjumlah RM900.

“Pihak KPDNHEP Batu Pahat akan meneruskan pemeriksaa­n dan penguatkua­saan bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata sebanyak 558 premis perniagaan di daerah ini, termasuk melibatkan pasar awam, pasar pagi dan pasar tani telah diperiksa, setakat ini.

“Pemeriksaa­n dilakukan termasuk pematuhan ke atas penandaan tanda harga khas warna merah jambu bagi 12 barang kawalan, penandaan harga dan juga penggunaan alat timbang yang ditentu sahkan.

“Sepanjang tempoh penguatkua­saan bermula 30 Jan 2019 sehingga hari ini, kami tidak menerima sebarang aduan menyalahi kesalahan agak serius,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia