Utusan Borneo (Sarawak)

PH Bachok buat laporan polis mengenai isu pengakuan Nik Abduh

-

Pakatan Harapan Bachok hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik sebuah blog yang mengaku hadir ketika Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membuat pengakuan mengenai isu pemimpin PAS menerima dana daripada UMNO.

Pengerusi PH Bachok, Mohd Zulkifli Zakaria dalam laporannya memberitah­u bahawa beliau pada 5 Februari lalu telah menerima satu mesej melalui WhatsApp mengenai artikel di sebuah laman blog www.milosuam. net milik ‘Abu Ulwan’ yang bertajuk ‘ Lagi Ahli PAS Tampil Jadi Saksi Dengar Nik Abduh Mengaku Terima Duit UMNO’

Katanya lagi siasatan juga perlu dilakukan ke atas Fa- cebook ‘Abu Ulwan’ kerana melalui akaun Facebookny­a juga Abu Ulwan menegaskan bahawa dia sanggup bermuhabal­ah (sumpah laknat) dengan Nik Abduh asalkan perkara itu dibawa ke muka pengadilan dan sanggup hilang keanggotaa­n PAS jika dirinya kalah.

“Abu Ulwan juga memuat naik ilustrasi lukisan kedudukann­ya dalam majlis yang dikatakan Nik Abduh mengaku pemimpin PAS mengambil duit UMNO,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Cabang PKR Bachok, Datuk Mohd Rowi Dollah serta anggota AMANAH dan PPBM Bachok. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia