Utusan Borneo (Sarawak)

Raih 12 juta tontonan

-

DRAMA ‘Pujaan Hati Kanda’ yang menggandin­gkan Remy Ishak dan Mira Filzah telah meraih rating terkumpul sebanyak 12 juta manakala episod terakhirny­a telah ditonton lima juta penonton pada 28 Januari lalu.

Lebih membanggak­an, drama ini turut memperoleh lebih 30 juta tontonan di Youtube @TV3Malaysi­a! (sumber Nielsen Audience Measuremen­t).

Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, “Drama ini bukan sahaja tular kerana watak utamanya, malah dua watak antagonisn­ya iaitu watak Pali yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly dan Kak Su oleh Reen Rahim turut tular apabila netizen geram dengan kedua watak ini.

“Kesemua watak di dalam drama ini mempunyai peranan tersendiri yang turut membantu drama ini diterima baik oleh orang ramai. Terima kasih kami ucapkan buat penonton setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap drama-drama melayu di TV3. Sokongan anda menjadi pemangkin buat kami untuk sentiasa berusaha membawakan pelbagai lagi drama dan program menarik untuk tontonan anda!”

Berakhirla­h teka-teki siapa ibu bapa kandung bayi comel bernama Rizqy. Danny juga menjadi hak mutlak Tiara yang sarat hamil. ‘Pujaan Hati Kanda’ mengisahka­n mengenai Danny lakonan Remy Ishak yang menerima kehadiran seorang bayi di hari pernikahan­nya.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemuk­an dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar lepasan universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiaka­n perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampira­n namun dipisahkan dengan sebatang sungai.

Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunaka­n jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.

Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberan­gi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunaka­n laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatka­n rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka?

Untuk mengetahui kesudahann­ya, jangan lupa untuk menonton drama ini esok hanya di TV3.

Selain Michael Ang, drama ini turut dibintangi oleh Rizz Amin, Jaja Iliyes DFKL, Rahim Omar, Auntie Margarat dan adik Syed Ali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia