Utusan Borneo (Sarawak)

Satu mayat ditemui dalam bangkai pesawat Sala Pemain bola sepak Argentina bagi kelab Nantes di liga Perancis tidak sempat menyertai Cardiff City

-

LONDON: Penyiasat British kelmarin berkata mereka telah mengeluark­an satu mayat dari bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina Emiliano Sala di Terusan Inggeris.

Namun cuaca buruk memaksa Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) untuk melupakan hasrat menarik pesawat terbabit ke pantai.

Pesawat ringan i tu membawa pemain bola sepak berusia 28 tahun itu ke kelab pasukan baharunya dalam Liga Perdana Inggeris Cardiff City, ketika ia hilang dekat Pulau Guernsey pada 21 Januari lalu, bersama juruterban­g David Ibbotson, 59.

Pencari bangkai kapal yang dilantik keluarga Sala dengan bantuan dana yang didermakan bintang bola sepak seperti Lionel Messi menjumpai bangkai pesawat itu Ahad lepas.

AAIB yang kemudian mengambil alih operasi memberitah­u Isnin lepas bahawa satu mayat yang tidak dikenali telah dijumpai di lokasi penemuan.

“Dalam keadaan mencabar, AAIB dan kontraktor pakarnya dengan berjaya mengeluark­an mayat yang kelihatan sebelum ini terperangk­ap di dalam bangkai pesawat,” kata AAIB kelmarin.

“Operasi itu dijalankan dengan cara yang paling bermaruah dan keluarga terbabit sentiasa dimaklumka­n tentang kemajuan yang dicapai.”

Bagaimanap­un usaha untuk mengeluark­an pesawat dalam operasi bawah air itu tidak berjaya.

“Ramalan cuaca tidak baik dalam masa terdekat dan oleh sebab itu keputusan yang sukar telah dibuat untuk menamatkan operasi keseluruha­n,” kenyataan itu menambah.

Ia berkata rakaman video meluas yang diambil oleh sebuah kenderaan yang dikendalik­an dari jauh dijangka memberi bukti berharga untuk siasatan keselamata­n dan berhasrat untuk menerbitka­n laporan sementara mengenai nahas itu hujung bulan ini.

Mayat yang dikeluarka­n kini akan diserahkan kepada koroner untuk pengecaman identiti.

Sala menaiki pesawat malang itu untuk menyertai Cardiff dari kelab Nantes di Perancis dalam perjanjian paling mahal dalam sejarah kelab Wales itu.

Pesawat Piper PA- 46 Malibu itu hilang dari radar kira- kira 20 kilometer ke utara Guernsey, dengan juruterban­g Ibbotson satusatuny­a individu lain dalam pesawat.

Selepas pasukan penyelamat rasmi menamatkan pencarian mereka, dengan menyatakan peluang adalah tipis untuk menemukan sesiapa yang masih hidup, keluarga Sala mengutip lebih 370,000 euro (RM1.8 juta) melalui kempen dalam talian untuk menampung kos pencarian persendiri­an.

“Jika itu tidak berlaku, saya rasa tidak ada orang yang akan mencari pesawat itu,” kata pencari bangkai kapal David Mearns, dari syarikat swasta yang menjumpai pesawat sebelum menghubung­i AAIB.

Penemuan dua kusyen tempat duduk di pantai Perancis pada minggu lepas mendedahka­n pesawat itu pecah, ujar Mearns.

Pada awal minggu ini, bapanya Horacio Sala menerima hakikat bahawa prospek untuk menemukan anaknya dalam keadaan masih hidup sudah tiada lagi.

“Harapan kini sudah tiada lagi.

“Kami harap kedua- dua mayat ada di dalam (pesawat). Ia sudah berakhir, satusatuny­a perkara yang saya harapkan sekarang ialah mereka dijumpai,” katanya kepada Fox Sports. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIRATAPI: Gambar fail 30 Januari menunjukka­n Pengurus FC Nantes Vahid Halilhodzi­c mengadakan upacara peringatan buat Sala selepas perlawanan dengan AS Saint-Etienne di Stade de la Beaujoire, Louis Fonteneau, Nantes.
— Gambar Reuters DIRATAPI: Gambar fail 30 Januari menunjukka­n Pengurus FC Nantes Vahid Halilhodzi­c mengadakan upacara peringatan buat Sala selepas perlawanan dengan AS Saint-Etienne di Stade de la Beaujoire, Louis Fonteneau, Nantes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia