Utusan Borneo (Sarawak)

Kanada terima 750 bekas hamba dari Libya

-

Kanada akan mengalu- alukan kira- kira 750 bekas hamba dari Libya sebagai pelarian, kata Menteri Imigresen Ahmed Hussen kelmarin.

Jumlah pendatang yang bergerak menerusi Libya untuk sampai ke eropah meningkat 10 kali ganda sejak kejatuhan Muammar Gaddhafi pada 2011, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

N a s i b m e r e k a diketengah­kan secara dramatik pada 2017 susulan beberapa kejadian kapal karam di Laut Mediterran­ean dan penyiaran laporan CNN yang menunjukka­n sebuah pasar hamba abdi di Libya.

“Pada 2017, dunia terkejut melihat imej menyedihka­n yang menunjukka­n orang dijual ke dalam perhambaan di Libya,” menteri berkenaan menyebut dalam satu kenyataan.

“Kanada merupakan sebuah daripada beberapa negara untuk tampil bekerjasam­a dengan UNHCR bagi menempatka­n semula pelarian ini terus dari Libya dan memberi mereka tempat tinggal baharu di Kanada,” kata Hussen, bekas pelarian dari Somalia.

“Kanada juga mengambil tindakan untuk menempatka­n semula 100 pelarian dari Niger, yang diselamatk­an dari pusat tahanan migran di Libya, termasuk mangsa pemerdagan­gan manusia,” kata Hussen.

“Ada orang yang sudah mula tiba di Kanada,” ujarnya.

Setahun lalu, satu laporan PBB kepada 15 negara anggota Majlis Keselamata­n dan dilihat AFP, mengesahka­n bahawa disebabkan oleh kecelaruan politik, pemerdagan­gan manusia giat dijalankan di Libya dan dipermudah­kan oleh tentera kerajaan dan pemberonta­k.

“Rakyat Kanada selama ini mengalu-alukan pendatang baharu, dan kemurahan hati itu telah memberi perlindung­an kepada mereka yang lari daripada penindasan, keganasan dan peperangan,” tambah Hussen. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia