Utusan Borneo (Sarawak)

Teman lelaki ‘ejen Rusia’ Butina didakwa menipu

-

Seorang warga Amerika Syarikat ( AS) yang menjalin hubungan dengan suspek dalam penjara yang disyaki ejen Rusia Maria Butina telah didakwa atas tuduhan menipu pada Selasa lepas, untuk menambah perkembang­an baharu dalam siasatan meluas ke atas campur tangan Moscow dalam politik AS.

Ahli Republikan dan pengendali Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA) Paul Erickson didakwa atas satu tuduhan menipu pelabur dalam syarikat yang dia kawal dan dikatakan mengusahak­an kemudahan hidup bantuan dan membina kediaman di Dakota Utara.

Dia juga didakwa menipu pelabur dalam sebuah syarikat reka bentuk dan pengeluara­n kerusi roda, menurut pendakwaan rasmi.

Dalam ketiga-tiga kes, dia mengambil ratusan ribu dolar daripada pelabur dan menggunaka­n sebahagian daripadany­a untuk keperluan peribadi, kata pendakwaan tersebut.

Selain itu, dia didakwa atas tuduhan mengubah wang untuk pemindahan dengan menggunaka­n dana yang diperolehi­nya melalui cara penipuan.

Erickson membuka pintu kepada lingkungan konservati­f bagi Butina, yang membina jaringan hubungan Republikan dan NRA peringkat tinggi antara 2013 hingga 2017 sebelum Butina ditangkap pada tahun lepas.

BersamaBut­ina,Erickson mengatur lawatan delegasi peringkat tinggi dari NRA ke Rusia pada Disember 2015, di mana mereka berjumpa dengan pegawai kanan Rusia.

Lawatan itu telah diteliti dalam siasatan ke atas kemungkina­n wujudnya subahat antara kempen pilihan raya Presiden Donald Trump dengan Rusia.

D i W a s h i n g t o n , Erickson membantu Butina mendapatka­n kemasukan ke sekolah graduan Universiti Amerika dan mereka hidup bersama sementara Butina belajar dan mencari jalan menembusi lingkungan Republikan di Washington.

Menurut tuduhan terhadapny­adanpengak­uan bersalah yang dia buat pada Disember lepas, Butina bekerja untuk pegawai bank pusat Rusia yang berpengaru­h dan juga kroni Vladimir Putin, Alexander Torshin, dalam misi jelas untuk mewujudkan talian komunikasi tidak rasmi dengan pihak Amerika yang ada kuasa dan pengaruh ke atas politik AS.

“B u t i n a c u b a menggunaka­n talian komunikasi yang tidak rasmi itu untuk manfaat Persekutua­n Rusia,” kata Jabatan Keadilan.

S e m e n t a r a i t u , berdasarka­n hubungan Rusia yang Erickson buat menerusi Butina, pada 2016 Erickson menawarkan untuk menghubung­kan Kremlin dengan kempen Trump.

Menurut l aporan media AS, tindakan itu telah menimbulka­n kemungkina­n bahawa dia boleh didakwa atas tuduhan bertindak sebagai ejen untuk Moscow, dan atas tuduhan konspirasi kerana kerjanya bersama Butina.

Pendakwaan kelmarin tidak menyebut secara langsung mengenai hubunganny­a dengan Butina, yang berada di penjara sementara menunggu hukuman. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SUSPEK: Butina dalam gambar tahanan reman polis bertarikh 18 Ogos, 2018 yang dikeluarka­n Pejabat Sherif Alexandria di Virginia.
— Gambar Reuters SUSPEK: Butina dalam gambar tahanan reman polis bertarikh 18 Ogos, 2018 yang dikeluarka­n Pejabat Sherif Alexandria di Virginia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia