Utusan Borneo (Sarawak)

Rundingan di Moscow amat berjaya: Taliban

-

Pihak Taliban kelmarin memuji rundingan bersejarah dengan ahli politik Afghan sebagai amat berjaya, walaupun wujud perselisih­an tentang hak wanita dan tuntutan kumpulan itu bagi perlembaga­an Islam di negara yang bergolak itu.

Perhimpuna­n luar biasa selama dua hari di Moscow itu menyaksika­n pemimpin Taliban berdiri di sisi bekas presiden Hamid Karzai, yang memanggil pemberonta­k itu sebagai ‘saudara’ ketika kedua-dua pihak bersetuju untuk mencari keamanan yang berkekalan.

Tiada pegawai kerajaan dijemput ke meja bulat itu, yang menyaksika­n ahli politik Afghan yang terkemuka dan musuh Taliban yang lain bersembahy­ang dan makan bersama puak militan itu.

Ia adalah kali kedua Presiden Ashraf Ghani diketepika­n d a r i p a d a r u n d i n g a n sedemikian sejak beberapa minggu lalu, selepas Amerika Syarikat (AS) mengadakan perbincang­an yang sama sekali berasingan dengan pemberonta­k di Doha tanpa Kabul.

Sher Mohammad Abbas Stanikzai, yang mengetuai delegasi Taliban, membuat penampilan yang jarang sekali berlaku di hadapan media antarabang­sa di sebelah Karzai yang senyum.

“Pertemuan ini sangat berjaya,” kata pegawai Taliban berserban hitam itu kepada pemberita, diapit bekas presiden berkenaan yang dilantik selepas tentera perikatan AS menewaskan puak Taliban pada 2001.

“Kita setuju mengenai banyak perkara dan saya berharap pada masa depan, kita dapat lebih berjaya lagi, dan akhirnya kita dapat mencapai penyelesai­an. Kita dapat menemui keamanan sepenuhnya di Afghanista­n.”

Semua pihak bersetuju untuk menyokong rundingan damai di Doha dengan perunding Amerika yang disifatkan oleh Presiden Donald Trump pada Selasa lepas sebagai membina.

Kenyataan sembilan perkara berkenaan yang dikeluarka­n bagi semua pihak j uga bersetuju mengenai pengundura­n tentera asing sepenuhnya dari Afghanista­n.

Jadual pengundura­n itu belum ditetapkan setakat ini tetapi kami sedang membincang­kan perkara ini, kata Stanikzai.

Pada awal kelmarin, seorang pegawai kanan Taliban memberitah­u pemberita, AS bersetuju untuk mengundurk­an separuh daripada tentera daratnya sebelum akhir April, dakwaan yang dinafikan oleh NATO dan Jabatan Negara AS.

Dalam perkembang­an yang amat penting, wakil delegasi di mesyuarat di Moscow juga membuka pintu kepada kerajaan untuk menghadiri rundingan pada masa depan walaupun Taliban enggan sekeras- kerasnya untuk berunding secara langsung dengan Kabul.

“Proses ini sepatutnya merangkumi semua, yang bermakna kerajaan dapat juga dijempeut, dan akan menjadi sebahagian daripada ini,” kata Mohammad Hanif Atmar, salah seorang seteru utama Ghani, yang hadir di Moscow.

Puak Taliban menganggap pentadbira­n di Kabul sebagai boneka AS tetapi sekutu Ghani di Washington menegaskan orang Afghan seharusnya mengetuai proses damai.

Usaha berbulan-bulan oleh AS untuk berunding dengan Taliban kononnya bertujuan untuk meyakinkan mereka agar berunding dengan Kabul.

“Pada akhirnya, kita perlu sampai kepada perbincang­an Taliban-Afghanista­n,” kata Jeneral Joseph Votel, ketua Pemerintah Pusat AS, kepada penggubal undang- undang AS.

“Hanya mereka sahaja yang dapat menyelesai­kan isu penting dalam pertikaian mereka.”

Karzai, yang menjadi presiden dari 2001 hingga 2014, berkata beliau “gembira” untuk duduk bersama musuh lamanya.

“Kami selama ini memang mahu berunding dengan saudara-saudara kita, puak Taliban,” katanya.

Menurutnya, wakil delegasi bersetuju mengenai hampir segalanya, tetapi konsensus tidak dicapai mengenai tuntutan Taliban bagi perlembaga­an Islam, dan pandangan kumpulan itu mengenai kaum wanita.

Fawzia Koofi, seorang daripada dua wakil delehasi wanita di kalangan puluhan lelaki di meja rundingan, mempertika­ikan desakan puak militan itu agar hak wanita ditegakkan menurut nilai-nilai Islam.

“Saya tinggal di Afghanista­n pada zaman Taliban, dan saya tahu tafsiran mereka mengenai hak wanita dalam Islam adalah berlainan,” kata Koofi, ketua Jawatankua­sa Hak Asasi Manusia dan Wanita dalam parlimen Afghanista­n, kepada pemberita.

Beluiau menolak kenyataan bersama berkenaan tetapi berkata wakil delegasi berjanji kebimbanga­nnya akan dipertimba­ngkan dalam rundingan pada masa depan.

Di bawah pemerintah­an mereka, puak Taliban mengekang kebebasan wanita, melarang mereka daripada bekerja dan pergi ke sekolah, dan membataska­n pergerakan mereka di rumah sahaja dan hanya membenarka­n mereka di luar bersama pengiring lelaki dan memakai burqa. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SERIUS: Timbalan Pengarah Pejabat Politik Taliban Abdul Salam Hanafi menghadiri sidang akhbar yang dianjurkan diaspora Afghan di Moscow, Selasa lalu.
— Gambar Reuters SERIUS: Timbalan Pengarah Pejabat Politik Taliban Abdul Salam Hanafi menghadiri sidang akhbar yang dianjurkan diaspora Afghan di Moscow, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia