Utusan Borneo (Sarawak)

Berdepan bantahan, Presiden Zimbabwe ajak pembangkan­g mengadakan dialog

-

Presiden Zimbabwe Emmerson Mnangagwa mempelawa pemimpin pembangkan­g mengadakan dialog, susulan dakwaan anggota keselamata­n bertindak ganas terhadap peserta bantahan antikeraja­an.

Lebih 20 anggota politik yang bertanding pada pilihan raya presiden Julai lalu telah diundang, dua daripadany­a Lovemore Madhuku dan Noah Manyika bersetuju hadir.

Dialog itu adalah yang pertama sejak Mnangagwa mengambil alih kuasa dari Robert Mugabe pada November 2017.

Manyika berkata mengadakan dialog buat masa ini dilihat tidak sesuai kerana ia tidak akan memberikan sebarang makna, kecuali ratusan penunjuk perasaan yang ditahan dibebaskan manakala tentera dikerahkan berundur dari jalan raya dan tempat pemeriksaa­n.

“Ia boleh direalisas­ikan jika sebaik presiden pulang dari luar negara beliau menunaikan janjinya untuk mengambil tindakan terhadap dalang sebenar yang bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan,” kata Manyika.

Pada Selasa guru di sektor awam mengadakan bantahan menuntut gaji lebih baik.

Bulan lepas presiden mengumumka­n kenaikan kos bahan api sebanyak 150 peratus sebelum berlepas ke luar negara, menyebabka­n rusuhan tercetus apabila anggota keselamata­n didakwa bertindak ganas ketika menyuraika­n penunjuk perasaan.

Mnangagwa kemudian berjanji akan mengambil tindakan terhadap kekejaman polis dan tentera selain bersedia untuk berdialog.

Bagaimanap­un, Nelson Chamisa yang mengetuai gerakan pembangkan­g gagal dihubungi untuk mendapatka­n penjelasan. — Bernama

 ??  ?? MNANGAGWA
MNANGAGWA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia