Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Laut Pakistan rampas dadah AS$30 juta

-

Tentera Laut Pakis tan telah merampas bahan narkotik bernilai US$ 30 juta dalam satu serbuan di kawasan pesisir Pasni di wilayah barat daya Balochista­n, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jurucakap angkatan bersenjata tersebut.

Kira-kira 2,000 kilogram hashish telah dijumpai selepas satu maklumat diterima berhubung penghantar­an sejumlah besar narkotik menerusi jalan laut kelmarin.

“Operasi itu telah dijalankan dengan perancanga­n teliti, pengawasan berterusan dan mendapat maklumat tepat, yang mencermink­an kesungguha­n Tentera Laut Pakistan dalam mengekang sebarang aktiviti haram daripada berlaku di sepanjang pesisir kami dan kawasan laut berhampira­n,” katanya.

Dadah yang ditemui telah diserahkan kepada pasukan anti-narkotik yang akan memusnahka­nnya kemudian.

Ia merupakan rampasan kedua terbesar narkotik di Balochista­n sejak seminggu lepas.

Pada Sabtu lepas, pengawal pantai Pakistan telah merampas sejumlah 108 kilogram dadah dari sebuah bas penumpang semasa satu siasatan rutin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia