Utusan Borneo (Sarawak)

Gergasi perlombong­an Brazil hilang lesen kendali Lanjeiras

-

Gergasi perlombong­an Brazil Vale kehilangan lesennya untuk mengendali empangan Lanjeiras, yang penting terhadap operasi lombong terbesarny­a di tenggara negeri Minas Gerais, kata firma itu.

Keputusan itu dibuat dua minggu selepas satu lagi empangan sisa perlombong­an runtuh di perkampung­an Brumadinho, terletak kira- kira 160 kilometer dari lokasi pertama, yang menyebabka­n sekurang- kurangnya 150 orang maut manakala 182 lagi hilang.

Ia adalah bencana kedua dalam tempoh tiga tahun di lombong milik Vale, pengeluar bijih besi terbesar dunia.

“Setiausaha Negara bagi Alam Sekitar dan Pembanguna­n Mampan telah membatalka­n Kuasa Operasi Sementara bagi empangan Laranjeira­s,” menurut Vale dalam kenyataan pada Rabu sambil menambah bahawa keputusan itu susulan saman sivil yang sedang dihadapi syarikat tersebut.

Empangan Laranjeira­s lumpuh sejak Isnin selepas sebuah mahkamah menggantun­g operasi lombong bijih besi Brucutu, lombong terbesar Vale di Minas Gerais, yang dianggar menghasilk­an pengeluara­n tahunan sebanyak 30 juta tan.

Vale menegaskan bahawa empangan itu telah dibina dengan betul dan disahkan stabil.

Kerajaan negeri Minas Gerais turut membatalka­n lesen Vale untuk mengendali lombong Jangada di mana kerja-kerja telah dihentikan susulan bencana di Brumadinho.

Agensi berita G1 pada Rabu melaporkan bahawa Vale telah mengesan masalah dalam data daripada sensor pemantauan berkaitan kestabilan empangan itu dua hari sebelum tragedi, menurut e-mel syarikat yang ditemui pihak polis.

Keputusan pada Rabu menyaksika­n saham Vale merosot sebanyak 4.63 peratus di Bursa Saham Sao Paulo dan 6.19 peratus di Bursa Saham New York. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia