Utusan Borneo (Sarawak)

Pengawal Negara Mexico diundur dari sempadan dengan AS

-

Gabenor New Mexico telah mengarahka­n pengundura­n majoriti anggota tentera Pengawal Negara yang ditugaskan ke sempadan selatan negeri Amerika Syarikat (AS) itu, selain mengecam amaran Presiden Donald Trump tentang pendatang yang membanjiri sempadan sebagai satu lakonan.

“Saya menolak hujah persekutua­n bahawa wujud krisis keselamata­n negara yang serius di sempadan selatan, di mana terdapat beberapa komuniti paling selamat di negara ini,” Michelle Lujan Grisham menyebut dalam satu kenyataan.

Arahannya untuk mengundurk­an anggota tentera dibuat sejurus sebelum Trump menyampaik­an ucapan ‘State of the Union’ pada petang Selasa lepas, di mana Trump berikrar untuk membina temboknya yang kontrovers­i di sepanjang sempadan AS-Mexico.

Arahan Grisham meliputi kebanyakan anggota tentera New Mexico yang dikerahkan selain anggota tentera dari Arkansas, Kansas, Kentucky, New Hampshire, Carolina Sela tandan Wiscon sin yang telah dikerhakan ke sempadan.

Pejabatnya berkata jumlah anggota keseluruha­n yang terbabit adalah 118.

Grisham berkata, hanya beberapa anggota akan dikekalkan untuk memberi bantuan kemanusiaa­n kepada komuniti di kawasan yang perlu berurusan dengan kemasukan keluarga, wanita dan kanakkanak yang menyeberan­gi sempadan.

“Kita akan menyokong jiran kita di mana keperluan bagi bantuan amat tinggi, dan kita akan memberi bantuan jika boleh kepada orang lemah yang tiba di sempadan kita, tetapi New Mexico tidak akan mengambil bahagian dalam lakonan presiden yang menjaja ketakutan di sempadan dengan menyalahgu­nakan anggota tentera Pengawal Negara kita yang tekun,” kata Grisham.

“Kita akan mengerahka­n anggota tentera lelaki dan wanita kita hanya bila ada keperluan, dan di mana kehadiran mereka dapat membawa perbezaan dalam usaha memastikan keselamata­n awam dan mengurangk­an masalah kemanusiaa­n di sempadan selatan,” tambahnya.

Trump menuntut AS$5.7 bilion (RM22.8 bilion) untuk membina tembok sempadan, malah menutup kerajaan selama 35 hari dalam usaha yang gagal untuk menekan ahli Demokrat agar meluluskan­nya sebagai sebahagian daripada perjanjian bajet.

Pada Ahad lepas, Pentagon berkata ia akan menghantar 3,750 anggota tentera tambahan ke sempadan untuk memasang pagar kawad dan memantau penyeberan­gan, menjadikan jumlah kakitangan tentera di sana hampir 6,000 orang. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KRISIS SEMPADAN: Anggota tentera Mexico berkawal di pekarangan gudang yang dijadikan penempatan pendatang Amerika Tengah di Piedras Negras, negeri Coahuila dekat sempadan dengan AS, kelmarin.
— Gambar AFP KRISIS SEMPADAN: Anggota tentera Mexico berkawal di pekarangan gudang yang dijadikan penempatan pendatang Amerika Tengah di Piedras Negras, negeri Coahuila dekat sempadan dengan AS, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia