Utusan Borneo (Sarawak)

Malindo Air bakal buka laluan baharu ke Kota Bharu, Langkawi dari LTAM

-

Syarikat penerbanga­n Malindo Air dijangka memulakan dua laluan baharu ke Kota Bharu, Kelantan dan Langkawi, Kedah dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Melaka ( LTAM) di Batu Berendam di sini pada 1 Mac depan.

Exco Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata penerbanga­n dua hala itu akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad.

Beliau berkata inisiatif Malindo Air itu dilihat dapat membantu kerajaan negeri meningkatk­an industri pelanconga­n Melaka sekali gus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019.

“Berita ini telah disahkan pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad dan Malindo Air di LTAM dan ia amat ditunggu-tunggu rakyat Melaka dan orang awam yang ingin ke destinasi tersebut dengan mudah serta menjimatka­n masa,” katanya dalam sidang media, di sini, kelmarin.

Sebelum ini Malindo Air pernah menawarkan laluan ke Kota Bharu dari LTAM namun ia dihentikan kerana syarikat berkenaan kekurangan pesawat dan sehingga kini, Malindo Air menawarkan penerbanga­n destinasi ke Pekan Baru, Indonesia dan Pulau Pinang dari LTAM.

Mengulas lanjut, Mohd Sofi berkata, masa penerbanga­n bagi laluan dari Kota Bharu ke Melaka ialah pada 11.55 pagi dan Melaka ke Kota Bharu ialah pada 1.50 petang manakala dari Langkawi ke Melaka pada 12.05 tengah hari dan Melaka ke Langkawi 2.05 petang.

Beliau berkata penambahan laluan oleh Malindo Air menerusi LTAM dilihat sebagai langkah positif menarik lebih banyak syarikat penerbanga­n untuk beroperasi di lapangan terbang itu dan kerajaan negeri menyediaka­n pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan dan komitmen yang diberikan.

“Selepas ini, kita berharap Air Asia dapat membuka sekurang- kurangnya satu laluan berpotensi antaranya ke Langkawi, Pulau Pinang, Pekan Baru dan Bandar Seri Begawan, Brunei dari LTAM selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri memerlukan komitmen dan kerjasama berterusaa­n daripada pelbagai pihak terutama pemain industri pelanconga­n di Melaka untuk menarik kedatangan pelancong menerusi sektor penerbanga­n yang ditawarkan di LTAM. — Bernama

 ??  ?? di Karachi. Seorang peniaga warga Pakistan menunggu pelanggan di tepi jalan
di Karachi. Seorang peniaga warga Pakistan menunggu pelanggan di tepi jalan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia