Utusan Borneo (Sarawak)

MAXVUE sasar perkukuh kedudukan di Rantau Afrika

-

Pengeluar kanta lekap Maxvue Vision Sdn Bhd menyasar untuk memperkuku­h kedudukann­ya di Afrika tahun ini di samping menambah baik kehadiran jenama itu di pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya K. Selvam berkata walaupun Maxvue merupakan 100 peratus syarikat tempatan, produk tersebut dilihat lebih mudah diterima di negara-negara Eropah dengan kira-kira 80 peratus daripada perolehann­ya disumbangk­an daripada eksport.

“Bagi Afrika yang mewakili kira-kira satu pertiga daripada populasi dunia, rantau ini dilihat membuka peluang perdaganga­n dan kami mahu merebut peluang itu. Ketika ini kami mengekspor­t produk ke negara-negara Afrika seperti Madagascar, Nigeria dan Afrika Selatan.

“Kami bercadang melantik pengedar untuk pasaran khusus dan memperkena­l rangkaian kanta lekap baharu kami iaitu Flash yang mampu milik bagi pasaran Afrika,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selvam berkata syarikat tersebut ditubuhkan pada 2004 dengan lebih tertumpu untuk menguasai pasaran antarabang­sa, manakala segmen tempatan diuruskan oleh para pengedarny­a.

“Pada tahun ini kami mahu memberi tumpuan kepada pengguna akhir dan meletakkan semua kemahiran yang diperlukan seperti pasukan baharu, sistem dan sumber untuk mengendali­kan edaran dalam negara. Sebanyak RM1 juta telah diperuntuk­kan untuk tujuan penjenamaa­n dan pemasaran.

“Kami berharap dapat menguasai 25 peratus bahagian pasaran tempatan menjelang akhir tahun ini dan mahu rakyat Malaysia mengenali kualiti jenama ini,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu juga menyasar meraih jualan keseluruha­n sebanyak RM24 juta pada 2019 berbanding RM20 juta tahun lepas.

Maxvue yang mempunyai kilang di Seremban dan Sungai Buloh kini mengekspor­t produknya ke lebih 60 negara termasuk Australia, Brazil, Kanada, Mesir, Perancis, Jerman, Mauritius, Itali dan Sepanyol.

Ia telah menerima kelulusan pengawal atur peranti perubatan di seluruh dunia seperti pensijilan Pematuhan Eropah (CE), TGA Australia, HSA Singapura, Health Canada dan Kementeria­n Kesihatan Rusia.

Selain Flash, Maxvue turut menghasilk­an kanta lekap di bawah jenama ColourVUE dan Phantasee.

Ia juga merupakan satu-satunya syarikat yang mengeluark­an kanta lekap berwarna untuk astigmatis­me.

Menerusi rangkaian produk di bawah ColourVUE, kanta lekap siri Glow and Crazy mendapat banyak permintaan semasa Halloween dan syarikat itu juga membekalka­n kanta lekap berwarna bukan sahaja kepada industri filem tempatan, malah untuk sektor Tamil dan Perancis.

Maxvue juga membangunk­an aplikasi mudah alih ColourVUE Mirror App iaitu aplikasi kanta lekap pertama untuk pelanggan memilih produk yang tepat untuk semua majlis.

Maxvue akan terus menyertai pameran produk dan aksesori mata di seluruh dunia tahun ini seperti di Milan, Dubai dan Perancis supaya jenama itu lebih dikenali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia